Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Sunday, November 20, 2011


JANGAN DITANYA KENAPA
KERANA SAYA TIADA JAWAPANNYA...

Wednesday, November 16, 2011

Medical Check Up.

Rabu. Aku MC. Cet. Namo je mc. Itu cuti potong jugee.. Thanks to kak Haiza kerana sudi menggantikan kelas saya. Ala satu jam je kelas saya. Bagi test sudah.

Tadi pergi medical check up ngan kezen aku. Oh cakap pasal kezen ni tak habes2 orang tu jeles. Dey, aku lebih rapat dengan kezen aku sebelum kau ade, tahu? *since dia tu lebih muda dari aku.. wahahaha*

Ok, back to business. Kitorang med chekup kat KPJ shah alam. Ala seksyen 20 tu ler. OK sangat gempak. Haha. Kakak2 nurse sangat la bertimbang rase dan santek2. Aku rase la mesti dia rase kitorang je yang gelak-gelak macam tenguk raja lawak time med checkup. Haha. Bengong.

Mula-mula, macam biase la check mata, tinggi, berat semua la.. Then, amek darah. Fuhyoo, panjang tak panjang jarum dia kan. Dan, aku takut darah hehe. Darah ayam pun aku tak boleh tenguk...

Ok, Then kite proceed ke lung test. Test kesemputan kot.Ala yang dia suruh tarik nafas panjang-panjang pastu hembus dalam corong tu.. Banyak kali tak jadi sampai aku rase peparu aku nak meletup kot. 'Kak, apsal asyek tak jadi je ni...'

Ha.. Yang ni la.. Tenguk muka pakcik tu. Best ke tak best. 

Pastu... ECG scan. Ini... Aku tak tahu. Baring cam biase je pastu lekat sane, lekat sini.. OK. Aku tak tau. Then, macam biase la x-ray... Breast, lung and abdomen x-ray. What can i say.. Dr n techniciannya lelaki. Huk. What ever its their job. So far, Dr said my organs are good. Alhamdulillah..

Time aku tengah tunggu result keluar, tiba-tiba keluar satu doc ini. Mangai... Set lengkap kot. Haha. Muke ala2 kpop artist. Body fit. Keje masyuk. Aku siap dengan kezen aku ternganga. Hilang je doc tu, Kitorang was like, 'fulamakkkk...'.

Oi, aku pompuan normal la kan. Kau lelaki tak yah r fulamak2 sangat kan...

Haha. Belum habis g. Next appoinment on 24/11. Amek mc lagi ler gamaknyeee....


Photobucket

Sunday, November 13, 2011

Aku okay sokmo.

Hari rabu ni sesi medical check up. Bukan medical check up nak keje tu.. Ala itu bayar sudah. Kali ni betul-betul punyer. Dan sebab itu juga aku berpindah balik ke shah alam walaupun terpaksa travel lebih untuk ke kerja.

Its okay.

Kesihatan lebih penting. Aku ade rekod dari kecil lagi keluar masuk hospital. Aku tak menjalani zaman kecil macam kamu orang semua, kalau kamu orang nak tahu. Aku fikirkan aku dah normal since aku rase normal. Ntah la. Aku la rase normal. Orang lain tidak. Balik johor tempoh hari, parents aku suspek aku. Think environment memberi impak terbesar pada kesihatan aku. Ye betul juga. So, aku kene tinggal kat dalam hutan je kot baru aku sihat walafiat.

So, rabu ni aku pergi. Next week nya result keluar, consult with doctor. Oh kat KPJ ala seksyen 20 tu la.. Hopefully im all right. Tapi aku redha dengan ape jua keputusan. Its better to know earlier dari tak tahu langsung, tup2.. 'TeeeeeT'!

OK. Fine.

Kepada encik wedges.. Pastikan kata-kata anda bukan lah just nak tunjuk anda pandai berbahasa. *Ye la orang punyer bm kan c....*.

Tapi saya tak paksa awak pun. Dan takkan. You are free to go.


I am alright just before you came.

And still alright.


Photobucket

Monday, November 7, 2011

tak mungkin semudah ini..

Huish. Serius aku mcm tak boleh percaya. Wujud ke rupenye orang yang memenuhi kerekteristik yg pernah aku listkan dulu..

Serius aku takut. Takut betapa mudahnya.. Takut dengan diri sendiri.

Bukan ke tiada bende yang mudah dalam dunia ni?

betul ke dia orangnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...