Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Wednesday, October 30, 2013

Never Regret.

Secara rasminya telah meletakkkan jawatan untuk kejaya yang keempat dalam hidup. Job hopping? haha mungkin. Tidak juga. Terma Job hopping itu digunakan apabila seseorang itu memilih kerjaya yang lebih baik. Tapi aku? Lets just say its not me. I guess. Tidak sedetik pun rasa menyesal terbit dalam diri walaupun dah empat kali tukar kerja. 4 bidang yang berbeza. eh. boleh kate 3 juga. Tiga setengah?

Kerjaya yang Pertama (Oct 2010).
- Right after graduation. Tiga hari selepas graduasi dipanggil untuk ditemuduga dan dipanggil untuk bekerja seminggu selepas itu. Sebagai eksekutif pemasaran. Katenye.. Ape aku buat? mencari pelanggan untuk menyokong tabungan WWF. Bukan sukan bogel tu la. Ni haiwan punye. haiwan. Ye. Aku suka pasal WWF. Ini merupakan titik tolak perubahan paling besar dalam hidup aku.
- Mengajar aku bagaimana untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Seems lousy is it? Aku seorang yang pemalu tahap bangang lagi la bercakap dengan orang yg tak kenal?? Lagi nak jual barang la.. Hasil dari titik peluh bos aku, akhirnye aku berjaya juga memecahkan dinding yang aku bina tak kene tempat tu. Dari bercakap dengan orang yang tak kenal, terus aku boleh menghentikan orang yang tengah jenjalan kat shopping complex untuk dengar aku cakap. Berjaya la juga dapat 2 customer dalam 3 hari..

Kerjaya yang Kedua (Feb 2011)
- Kerjaya yang paling singkat iaitu 2 minggu je. Pembantu Pengurus Restoran TCRS branch Sunway Pyramid. Paling singkat dan paling penat. Tugas aku membantu menguruskan restoran. Kadang2 aku yang kene open since manager pun jarang ado. Cabarannya? Menguruskan restoran tak susah. Yang susahnya membina kepercayaan dari staf bawahan. Mane taknye. Mereka dah 10++ tahun kerja tetibe orang yang takde experience nak jadi bos dorang. Kalau aku pun bengang. Lima hari. Dan akhirnya dapat juga mereka respek aku. Cemana? Berkat kesabaran dan peluang yang Tuhan bagi.

Kerjaya yang Ketiga (Mar 2011)
- Masuk ke dunia pendidikan. Sebagai lecturer di sebuah kolej swasta di Ampang. Ni paling giler sebab bukan sahaja aku kene mengajar tourism untuk budak local, malah bahasa inggeris untuk foreigner. Sabar tak yah nak cakap la.. Kalau bukan sebab bos baik, aku memang dah blah untuk 1st day. Tapi kerana pengalaman inilah aku berjaya masuk ke institusi yang lebih besar.

Kerjaya yang Keempat (Sept 2011)
- Sebagai pensyarah juga. Tapi kali ini aku dapat mengajar subjek kegemaran aku. Dan pelajar yang cukup baik. Disini bukan sahaja aku belajar bagaimana untuk bercakap di khalayak ramai, namun untuk menjaga anak2 orang. Bukan babysitter. Maksudnye sebagai mentor. Pada mulanya takut. Tanggungjawab yang amat berat sekali untuk aku yang susah nak ade perasaan untuk orang lain. Ni kan pula nak jaga. After a few months, aku rase semakin dewasa bila mendukung tanggungjawab ini. Nak handle students, dan memperoleh kepercayaan ibu bapa. Terkadang tu terkeluar ayat2 yang kalau dicerminkan tak mungkin aku guna. Bila dengar balik, tergelak. Pehh matang siot. Itu kawan2 aku cakap. Belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain dan mengubahnye ke arah yang lebih baik. Itu apa yang aku belajar. 

Namun terpaksa aku lepaskan.

Aku gembira kerana walau orang dengar macam tah hape2 memilih kerja. Aku belajar banyak bende walaupun masa singkat. Kalau aku tak job hopping aku takkan ade skil2 mcm ni. Dan yang paling besar impaknye aku semakin lembut. Maksud aku jiwa. bukan jiwang. Tapi lebih memahami. Keupayaan untuk meletakkan diri di dalam kasut orang lain. Aku yang dulu? Tak de perasaan.

Empathy. You just cant learn it at school. So im really2 glad. Thank you Allah for everything that u destined for me. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...