Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Tuesday, December 17, 2013

Salji di Vietnam

Heboh. Heboh apabila salah satu negara tropika. Walaupun hanya bahagian utara Vietnam dihujani salji. Otak berkira-kira; gila apakah ini. Otak kau giler, gile!

Di sebalik keseronokan meraikan salji. Risau. Risau. Risau.

RISAU aku tak kawen lagi.
RISAU aku banyak dosa lagi.
RISAU mampu kah aku?

Mampu melihat kehilangan orang tersayang.
Mampu melihat tayangan dosa-dosa bodoh aku.

Terkedu. Terdiam.

Telan air liur.

Wednesday, October 30, 2013

Never Regret.

Secara rasminya telah meletakkkan jawatan untuk kejaya yang keempat dalam hidup. Job hopping? haha mungkin. Tidak juga. Terma Job hopping itu digunakan apabila seseorang itu memilih kerjaya yang lebih baik. Tapi aku? Lets just say its not me. I guess. Tidak sedetik pun rasa menyesal terbit dalam diri walaupun dah empat kali tukar kerja. 4 bidang yang berbeza. eh. boleh kate 3 juga. Tiga setengah?

Kerjaya yang Pertama (Oct 2010).
- Right after graduation. Tiga hari selepas graduasi dipanggil untuk ditemuduga dan dipanggil untuk bekerja seminggu selepas itu. Sebagai eksekutif pemasaran. Katenye.. Ape aku buat? mencari pelanggan untuk menyokong tabungan WWF. Bukan sukan bogel tu la. Ni haiwan punye. haiwan. Ye. Aku suka pasal WWF. Ini merupakan titik tolak perubahan paling besar dalam hidup aku.
- Mengajar aku bagaimana untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Seems lousy is it? Aku seorang yang pemalu tahap bangang lagi la bercakap dengan orang yg tak kenal?? Lagi nak jual barang la.. Hasil dari titik peluh bos aku, akhirnye aku berjaya juga memecahkan dinding yang aku bina tak kene tempat tu. Dari bercakap dengan orang yang tak kenal, terus aku boleh menghentikan orang yang tengah jenjalan kat shopping complex untuk dengar aku cakap. Berjaya la juga dapat 2 customer dalam 3 hari..

Kerjaya yang Kedua (Feb 2011)
- Kerjaya yang paling singkat iaitu 2 minggu je. Pembantu Pengurus Restoran TCRS branch Sunway Pyramid. Paling singkat dan paling penat. Tugas aku membantu menguruskan restoran. Kadang2 aku yang kene open since manager pun jarang ado. Cabarannya? Menguruskan restoran tak susah. Yang susahnya membina kepercayaan dari staf bawahan. Mane taknye. Mereka dah 10++ tahun kerja tetibe orang yang takde experience nak jadi bos dorang. Kalau aku pun bengang. Lima hari. Dan akhirnya dapat juga mereka respek aku. Cemana? Berkat kesabaran dan peluang yang Tuhan bagi.

Kerjaya yang Ketiga (Mar 2011)
- Masuk ke dunia pendidikan. Sebagai lecturer di sebuah kolej swasta di Ampang. Ni paling giler sebab bukan sahaja aku kene mengajar tourism untuk budak local, malah bahasa inggeris untuk foreigner. Sabar tak yah nak cakap la.. Kalau bukan sebab bos baik, aku memang dah blah untuk 1st day. Tapi kerana pengalaman inilah aku berjaya masuk ke institusi yang lebih besar.

Kerjaya yang Keempat (Sept 2011)
- Sebagai pensyarah juga. Tapi kali ini aku dapat mengajar subjek kegemaran aku. Dan pelajar yang cukup baik. Disini bukan sahaja aku belajar bagaimana untuk bercakap di khalayak ramai, namun untuk menjaga anak2 orang. Bukan babysitter. Maksudnye sebagai mentor. Pada mulanya takut. Tanggungjawab yang amat berat sekali untuk aku yang susah nak ade perasaan untuk orang lain. Ni kan pula nak jaga. After a few months, aku rase semakin dewasa bila mendukung tanggungjawab ini. Nak handle students, dan memperoleh kepercayaan ibu bapa. Terkadang tu terkeluar ayat2 yang kalau dicerminkan tak mungkin aku guna. Bila dengar balik, tergelak. Pehh matang siot. Itu kawan2 aku cakap. Belajar menerima kelemahan dan kekurangan orang lain dan mengubahnye ke arah yang lebih baik. Itu apa yang aku belajar. 

Namun terpaksa aku lepaskan.

Aku gembira kerana walau orang dengar macam tah hape2 memilih kerja. Aku belajar banyak bende walaupun masa singkat. Kalau aku tak job hopping aku takkan ade skil2 mcm ni. Dan yang paling besar impaknye aku semakin lembut. Maksud aku jiwa. bukan jiwang. Tapi lebih memahami. Keupayaan untuk meletakkan diri di dalam kasut orang lain. Aku yang dulu? Tak de perasaan.

Empathy. You just cant learn it at school. So im really2 glad. Thank you Allah for everything that u destined for me. ;)


Saturday, September 14, 2013

Rokok vs Perokok

Persoalan yang kau aju sama ada aku suka dengan orang yang hisap rokok taupun tidak adalah soalan yang subjektif bagi aku.

Rokok bukanlah satu faktor untuk aku suka atau tidak pada seseorang. Aku bukan la suka seseorang itu atau benci dia sebab rokok. Takde pasal lah. Its just happen that dia merokok ataupun tidak.

Tapi kalau kau tanye aku suka rokok atau tidak, haruslah tidak.
Orang yang hisap rokok?

It takes more than one instrument to made a band. Macam tu jugalah aku bukanlah menilai seseorang itu melalui kegiatan rokok. Kalau dah dia orangnye, tetibe dia merokok la pulak takkan aku nak cakap, 'awak rokok, kita break.' Der, kau pk aku ni umo brape seyh. Ibaratnye macam dia akan cakap sama aku, 'awak minum teh halia, kita break'. oh, since aku addicted to teh halia. Get it?

Saya tak marah dan tak kecil pun hati saya ni awak nak merokok. Go ahead. Cume saya minta nak smoke tu jauh2 sikit la. Nak hembus jangan depan orang la. Tak minta pun awak nak berhenti dan2 macam tu. Saya tau effect dia kalau berenti dan2. Bahaye tu...

Kalau nak berhenti baguslah. Cuma jangan jadikan saya penyebab awak nak berhenti. Saya faham awak nak motivasi. Saya boleh tolong. Tapi jadikan kepentingan diri awak sebagai sebab utama nak berhenti rokok ni. Pentingkan kesihatan diri daripada meletakkan orang lain yang tak pasti sebagai sebab utama. Nanti sendiri yang makan diri.

Lagi satu, ayat kau 'awaklah sebab kenapa saya rase nak berhenti rokok', ak rase sangat lame. aiyooo the lamest pickup line. Kau cakap macm tu lagi la aku rase kau ni tipikal. Kalau orang lain gerenti cair ooooh. haha.

Ape pun, all the best usaha tu. jangan ibarat melepaskan batuk di tangga.
Photobucket


Wednesday, September 4, 2013

Aku bukan Kau bukan Dia bukan Mereka

Maaf di atas entri sebelum ini yang penuh dengan kehitaman. Namun, ianya tetap sebahagian dari aku. Ya. amat membencikan. Kalau boleh cuci dengan Clorox kan bagus.

Terasa nak menaip pasal diri pula. Bukan nak mengangkat. Nak mengenal diri dengan lebih dalam. Mana tahu boleh guna pakai untuk resume. kihkih
milkysmile


NNAW
Menulis Ninia merata tempat, dan bukannya Nadiah.
Nerd, Geek, Otaku.

Jam tangan di tangan kanan.
Bukan left-handed. Tapi cuma tak biasa pakai kiri.

Darah manis.
Tak payah tunggu nak kawen bagai. Nyamuk!! Dem you.

Hijau dan aktiviti hijau.
Gemar yang amat namun terpaksa melupakan atas sebab kesihatan. Aku tahu orang lain tak percaya. Ade aku kesah? Kalau korang nak rase ape yang aku rase, im gladly boleh bagi kalau boleh.

Bahasa kasar.
Mungkin darah johor juga mempengaruhi. Namun aku jujur. Kalau aku rase tak sesuai, aku akan cakap tak sesuai. whether u like it or not.

Mekap bukan sesuatu yang digemari.
Betul aku cakap macam ade pinggan tepek atas muka. Tapi kene juga atas dasar profesionalism.

Tekanan darah abnormally rendah
Sampaikan doktor pelik kenapa aku tak pengsan. Ye. aku tak pernah pengsan/ pitam.

Susah sangat nak marah.
Tahap tertinggi pun tahap bengang. Oleh kerana aku susah nak marah, susah juga nak membebel. Aku fikir ini negatif, pasal itu aku selalu makan dalam.

Intuisi hati yang kuat.
Bukan nak kate, tapi memang selalu betul. Bukan nak menilai dari luar, namun ade ketika karakter luar menggambarkan segalanya. Siapa dah jadi ibu tahula rasenye. Cuma aku belum bergelar ibu. Aiyoo dont ask, ok.

English is my rage language
Kalau dah bengang. Tiba-tiba lidah ni laju pula bertutur bahasa Inggeris. So kalau aku dah speaking tu pempaham la ye.

Lelaki.
Aku banyak kawan lelaki. Bukan sebagai perempuan dengan lelaki. But in that similar zone of lelaki dan lelaki. Macam mane nak bilang eh. Hmm.. Ah. Sampai zon sharing pic awek naked. Hoo menarik sangat pada aku. (-_-). So itu pasal la kalau laki nak tabur janji manis madu tebu hutan yang mampu bikin awek lentok habis percaya gadai bagai susah nak jalan sama aku. Advantage? Ke disadvantage?

Berdikari
Beli kari. Haha. Semua bisa bikin sendiri. Tahap lelaki pun tak tahan since semua boleh buat. LOL. Tapi recently tak boleh. Tiba-tiba kene bergantung pada orang lain. Rase kekok. Rase menyusahkan orang. Mungkin Tuhan nak mendidik aku untuk bergantung pada orang lain agaknya. Takpe. Aku redha.

Cheapskate.
Sangat berkira dalam perbelanjaan. Terutama sekiranya ada perbandingan yang ketara. Tapi kadang-kala tak kisah juga.

Cemburu
Kuat cemburu. Ye tidak dinafikan. Tapi so far cemburu pada kejayaan orang lain. Cemburu negatif tak pernah lagi. Tapi cemburu dalam perhubungan rasional harus diutamakan. Think with your brain not your heart. So tak pernah lagi la berlaku diluar batasan.

Kurus
Ye aku mengaku sangat kurus sekarang. Bukan diet. Dah tak boleh nak membesar. Silap aplikasi diet ketika belajar dulu. Regim diet tahap melampau. Makan sayur dan kekacang dan soya dan minum kopi sebagai minuman ruji. Biggest sin milo ais mamak. Drastik sangat. Dalam keluarga, paling kecik. Dah orang semua tenguk macam aku tak cukup makan. Huu sorry mom.

Bahasa
Bahasa pengantara bahasa melayu. Tapi broken. BM aku rabak. BI aku lebih sedikit la dari BM. Boleh la dijadikan kekuatan. Ini kerana dalam keluarga aku akan ade satu hari untuk bahasa inggeris. Kalau cakap bahasa lain akan dipulaukan. Haha. Agak kejam disitu. Tapi BM 6 hari. Nape lagi teruk ni?


Notakaki:
Kazen ajak kerja di negara singa. Tak tahu nak pergi atau tidak.
Photobucket

Wednesday, August 28, 2013

Celebrity Syndrome


Sekian lama menaip entri di paparan telefon yang dibimbit merata. Kini kembali menari-nari di papan kekunci Acer 4920 yang banyak berjasa semenjak 2008. Masih hidup. Tegar melawan segala jenis virus penyakit yang cuba melumpuhkan. Ya. Aku bangga itu. Walaupun saiznya agak menjadi gelak tawa generasi kini. Pfft.


Baru saja habis menonton rancangan 'Hello Counselor' di KBS. Korea. Peminat tegar korea haruslah tidak lepas tonton program realiti ini. Apa pengisiannya? Ah kau tonton sendiri. Yang aku pasti ianya realiti. Bukan omongan ingin mencipta konspirasi.

Satu kes yang diberi judul 'Celebrity Sydrome'. Ya. Kau tahu itu apa? Menurut pemahaman aku, ianya sindrom apabila seseorang itu suka memuji kecantikan/ kehenseman sendiri dan senantiasa merasakan dirinya diperhatikan orang ramai. Worst, dia merasakan diminati dan diusha orang ramai.

Keyakinan diri yang menebal? Atau masalah emosi mahupun mental? Apa pun ia, ianya cukup meloyakan tekak aku.

Pernah ketemu insan sebegini rupa?

Takziah diucapkan.


Photobucket

Monday, August 5, 2013

courage

there was this manga i feel like reading.

it says ;
u need courage to confess to someone. but u need more courage to keep the confession to yourself. So, never consider u are weak if u didnt make the confession.

....

im strong, i guess.

Thursday, August 1, 2013

miss me???

orang tue ni...

his confidence level is so damn high~

nuf said.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...