Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Saturday, August 27, 2011

One 4-month book closed.

Today is my last day at World-Point Academy. Tengah packing barang. Kemas meja bagai. Setel yang mana tak setel tu. Tulis notes reminder untuk siapa yang ganti tu... So nanti siapa yang tolong ganti tu takde pening sangat. Baik kan aku?

Sedih rase. Sikit la. Sedih sebab clique di sini sangat happening. Yang buat aku tensi student sebenarnye. Dah penat nak kesian kan diorang tapi diorang sendiri tak kesian diri sendiri. And....... a lil bit management. Too much invisible line crossed. Tak paham? Dah. Diam-diam sudah.

Sedih. Nak meninggalkan meja, komputer bagai.. Komputer, meja, korang tak bersalah pun. Jangan sedih ye. *gila*.

Selalu tenguk kat tv drama orang packing barang keluar opis. Sekarang ni baru aku tau mcamana rasanya.


Biskut Koala tetap ada.

So long budak sepah. Meh meja baru aku buat sepah..

HAHAHA~

Wednesday, August 24, 2011

Enough Said.

When music is the life....
     That one person will be.... the radio?


Thursday, August 18, 2011

Cerite Semalam

Yesterday. Yesemalam. Public Holiday der. Tahu last minit. Itu pun Ai Ying bagitahu. Malussssss.. Eishh.. Ok. Seb bek Ampang kategori selangor. So, holiday. ITS HOLIDAY MANNNNNN!! Ok. Tak yah nak excited sangat la kan..

So aku p la mengabehkan minyak p Sunway. Sebenor nye (aleh2 cakap Johor), aku dah aim da ini kedai. Comel sokmo weyh baju2 dia jual. Murah pun murah. Tak murah sangat la. Ok la.. Tapi. Tapi. Boleh pulak dia TUTUP. RENOVATION some more. Watta fak la kan kau. Banyak-banyak bulan. Bulan ni gak kan kau pilih. Fengshui ke hape?. Ok. Fine. Kawan aku tibe-tibe berry-berry dia takdok battery. Dan dengan selamba masuk kedai berry. 'Kitorang nak tumpang charge, boleh?'. Actually aku mengharapkan jawapan 'Boleh blah'. Sebab bro tu memang lembu sikit. Tapi mungkin di kala itu tokeyh dia ade kut. Jawapan dia,'Boleh.. Sila-sila.'. Wuuuhh.. I lap you la bro.
 
Sambil membio kan berry-berry topup energy, kitorang sambung shopping kat Jusco. Since kat Asian Avenue tu takde la besh mane. Peh. Peh. PEH. Sales maut. Tergugat iman aku yang memang tak tebal mane ni. Memula tujuan just nak cari dress nak raye nanti. Pusing punyer pusing. Rege rm50 boleh jadi rm15 siapa tahan bai.. Tak pernah aku gune bakul kut sopping sendiri. First time semalam. Giler. Tambah giler lagi. Aku telah menggunakan debit card. Faham maksud dia? Meaning, total cash tak dapat menandingi total cost. Heish tak pernah aku buat macam ni. Uncontrollable expense. Bahaya. Sila jangan buat. Tak pe. Gaji dapat awal maa bulan ni. Alamak tapi lepas ni aku kat KL SENTRAL. Lagi hebat kut dugaan.....


Ok. Then after dah penat pusing siap sesat kat dalam Sunway, tibe-tibe mau turun Shah Alam. Alasan; alang-alang da turun sunway, shah alam macam jauh.... . Shah Alam? Heheh. Sambung lagi sopping. Tapi kali ini terkawal sikit la. Cash kan. Senang je aku sopping. Aku suka tenguk. Scan. Tak berapa nak suka belek-belek ni. Love at first sight la omputeh kata. Dan orang jual nya mestilah hensem mesra, tak kedekut suara, dan convincing. Sonang. Yang buat tak semua member aku tahan nak kua sopping, aku suka round the whole building dulu. Times Square tu dulu aku round dari 10am sampai 10pm semata nak beli kasut. Kesian si polan itu serik nak kuar sopping ngan aku.


Then, aku hantar member aku balik (hantar ktm je). Malas nak balik kL. Aku pun pusing la Shah Alam. Cari kawan aku. Pehh 3 bulan tak jumpe dah jadi manager bai. Kat KFC Sek15. Mana tu? Aku pun baru jumpe sek15 semalam. Haha. Pe lagi, belanje2. Dua orang kawan aku da jadi manager KFC. Aihh kekenyangan KFC la aku. LOL. Oh, satu lagi incoming. Heee... Bangga aku dengan sahabat-sahabat aku. (Eceh terus panggil sahabat).


Pukul 8.30pm. Balik. Naik LKSA. Ini lagi satu perkara yang takmo dah aku kene. Thru TouchnGo, da touch da, (sumpah da touch) then sikit lagi krete aku nak sampai itu tiang, dia turun. Wattaheck? Seb baik tak atas krete. Macam hantu. Krete da la berderet belakang. Tol girl plak takde. Macam tooot! kau tahu. Then, after 3 minit, ade bro dtg, hensem tapi blur. Aku cakap da touch, da touch a. Siap mo ckp balance kad tak cukup. Ape kau punyer cost 50 hengget ke bai?. Mesin ade takmo check. Aduih. Takmo g aku lalu kau punyer highway. Last-last aku sampai gak umah dalam 9.30pm. Tersilap masuk simpang. terlepas simpang semua ah.


Haishh.. Pembaziran.....

Hujung minggu ni nak dok umah. Penat eh nak kuar lagi.


Tuesday, August 9, 2011

Aku kejam? Tak. Dunia ni yang kejam.

Semalam. Aku bagi surat chenta dekat head dept. Kau kenapa nak buat muka bersalah? Hati dah kental. Sengih-sengih. Serius aku rase dah macam kerang busuk. Mulut tak boleh kata. Tangan je bergerak. Kental-kental hati aku pun. Bila berlaku kejam, sampai ke hati ni? Tak. Sebab tu aku tak boleh kata. Mulut ni payah nak menipu. Kalau menipu pun..... muka akan cakap lain. Kalau muka pun tipu...action akan cakap lain... Kalau action pun tipu...hati pun akan akan cakap lain.. Meaning cry la der. So, baik aku diam dari menipu.

Aku tahu. Tak patut aku tarik diri sekarang especially student lagi 2 bulan nak exam. Kelas baru start. Tapi nak buat macamana? Aku dah takde hati lagi nak mengadap mereka. Tidak adil bagi mereka. Tidak ikhlas aku mengajar. Tidak berkat ilmu kelak. Merana badan.

Janganla macam tu.. Buat baik kan dibalas baik....

Ah. Kau fikir aku budak kecil yang bersih suci lagi?Aku pernah mempercayai itu semua. Namun, sejak aku melangkah kaki keluar dari rumahku syurgaku,.. Sejak aku sedar dunia tidak seindah yang disangka kan.. Buat baik dibalas baik? No such thing mannn.... Tuhan yang membalas. Tapi apa yang manusia balas??? Lu pk la sendiri.

Baik. Memang aku tipu. Aku tipu alasan. Maaf la ye. Bagus ape. Aku merendah diri.

So, naik cuti raya ni... New environment. New mission. Totally new student and clique.

Akan ku rindu kau-kau semua. Kamu orang best sebenarnya. Sempoi. Suka. Ape pun. Bukan nya aku pergi London. Mahupun turun balik Johor. Sini juga aku. Panggil je aku. Akan ku datang.

Friday, August 5, 2011

Kite kawan an?

Aku suka kamu. Suka bagaimana kamu selalu mengingatkan aku yang jahil ni. Suka kamu yang selalu tahu tempat untuk bertanya. Tahu tempat dimana untuk berdiam. Tahu apa perlu kamu sebagai kawan.

Aku suka kamu tag-tag artikel yang agak skema. Yang memang tidak ku baca diluar. Suka. Sebab kamu ingatkan aku. Aku suka kau berbuat sedemikian walaupun kawan-kawan aku yang lain berkata, 'semaknye'. Ok. Itu mereka punya hal. Trimas ye kawan.

Aku suka kamu selalu mengingatkan aku. Tatkala di luar atau di dalam. Yang paling kerap kamu ingatkan aku, 'Kau dah fulltime, belum?'. Ha.Ha. Member yang lain berkata 'Peh sarcastic tak boleh blah'. Itu mereka yang berkata. Aku tak sekeras itu. Trimas kawan. Kamu ingatkan aku. Masih berusaha. He.He.

Kamu yang aku gelar kawan. Aku selesa sama kamu. Bebas berkata apa saja. Bebas berkelakuan apa jua. Kamu sekiranya orang tidak mengenali kamu, seharusnya orang akan menganggap kamu ustaz. Ha.Ha. Adoy. Yela. Kamu jadilah ustaz. Fufu. Tapi jangan la lupe aku yang jahil ni.




Kite kan kawannnn....

day four : 10 things you want to say to one person

10 things i want to say to one person. To only one person. That one person. Only.


Kite kawan an?

Kite kan kawann...

Ye kan kawan?

Yela. Kawan.

Ye kawan.

Kawan kan kite?

Kawan eh kite?

Set eh kawan?

Kawan.. Kawan.. Kawan..

Kite kawannnn...


KAU RASE???
Meh aku aku kasi repeat kat telinga kau sampai buta. 
HAHAHAHAHA.


ps: sedang menanti tarikh pelepasan kontrak keluar earth's hell. LOL.

Thursday, August 4, 2011

Rakyat Malaysia memang prihatin. Sangat.

Style tudung baru ke dik?
.....

Kau diam boleh?
Suke hati aku la nak pakai tudung cenggane kan?
Kire bagus pe aku pakai.
Ade nampak leher ke?
Tinge? Jambul?
Ade? Ade??
Ape ade kesah kau neh?

Hana Tajima?
Name kucen kau ke?
Talk to my hand please....


Eh, wait2.
My hand also doesn't have time to listen to you lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...