Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Wednesday, September 4, 2013

Aku bukan Kau bukan Dia bukan Mereka

Maaf di atas entri sebelum ini yang penuh dengan kehitaman. Namun, ianya tetap sebahagian dari aku. Ya. amat membencikan. Kalau boleh cuci dengan Clorox kan bagus.

Terasa nak menaip pasal diri pula. Bukan nak mengangkat. Nak mengenal diri dengan lebih dalam. Mana tahu boleh guna pakai untuk resume. kihkih
milkysmile


NNAW
Menulis Ninia merata tempat, dan bukannya Nadiah.
Nerd, Geek, Otaku.

Jam tangan di tangan kanan.
Bukan left-handed. Tapi cuma tak biasa pakai kiri.

Darah manis.
Tak payah tunggu nak kawen bagai. Nyamuk!! Dem you.

Hijau dan aktiviti hijau.
Gemar yang amat namun terpaksa melupakan atas sebab kesihatan. Aku tahu orang lain tak percaya. Ade aku kesah? Kalau korang nak rase ape yang aku rase, im gladly boleh bagi kalau boleh.

Bahasa kasar.
Mungkin darah johor juga mempengaruhi. Namun aku jujur. Kalau aku rase tak sesuai, aku akan cakap tak sesuai. whether u like it or not.

Mekap bukan sesuatu yang digemari.
Betul aku cakap macam ade pinggan tepek atas muka. Tapi kene juga atas dasar profesionalism.

Tekanan darah abnormally rendah
Sampaikan doktor pelik kenapa aku tak pengsan. Ye. aku tak pernah pengsan/ pitam.

Susah sangat nak marah.
Tahap tertinggi pun tahap bengang. Oleh kerana aku susah nak marah, susah juga nak membebel. Aku fikir ini negatif, pasal itu aku selalu makan dalam.

Intuisi hati yang kuat.
Bukan nak kate, tapi memang selalu betul. Bukan nak menilai dari luar, namun ade ketika karakter luar menggambarkan segalanya. Siapa dah jadi ibu tahula rasenye. Cuma aku belum bergelar ibu. Aiyoo dont ask, ok.

English is my rage language
Kalau dah bengang. Tiba-tiba lidah ni laju pula bertutur bahasa Inggeris. So kalau aku dah speaking tu pempaham la ye.

Lelaki.
Aku banyak kawan lelaki. Bukan sebagai perempuan dengan lelaki. But in that similar zone of lelaki dan lelaki. Macam mane nak bilang eh. Hmm.. Ah. Sampai zon sharing pic awek naked. Hoo menarik sangat pada aku. (-_-). So itu pasal la kalau laki nak tabur janji manis madu tebu hutan yang mampu bikin awek lentok habis percaya gadai bagai susah nak jalan sama aku. Advantage? Ke disadvantage?

Berdikari
Beli kari. Haha. Semua bisa bikin sendiri. Tahap lelaki pun tak tahan since semua boleh buat. LOL. Tapi recently tak boleh. Tiba-tiba kene bergantung pada orang lain. Rase kekok. Rase menyusahkan orang. Mungkin Tuhan nak mendidik aku untuk bergantung pada orang lain agaknya. Takpe. Aku redha.

Cheapskate.
Sangat berkira dalam perbelanjaan. Terutama sekiranya ada perbandingan yang ketara. Tapi kadang-kala tak kisah juga.

Cemburu
Kuat cemburu. Ye tidak dinafikan. Tapi so far cemburu pada kejayaan orang lain. Cemburu negatif tak pernah lagi. Tapi cemburu dalam perhubungan rasional harus diutamakan. Think with your brain not your heart. So tak pernah lagi la berlaku diluar batasan.

Kurus
Ye aku mengaku sangat kurus sekarang. Bukan diet. Dah tak boleh nak membesar. Silap aplikasi diet ketika belajar dulu. Regim diet tahap melampau. Makan sayur dan kekacang dan soya dan minum kopi sebagai minuman ruji. Biggest sin milo ais mamak. Drastik sangat. Dalam keluarga, paling kecik. Dah orang semua tenguk macam aku tak cukup makan. Huu sorry mom.

Bahasa
Bahasa pengantara bahasa melayu. Tapi broken. BM aku rabak. BI aku lebih sedikit la dari BM. Boleh la dijadikan kekuatan. Ini kerana dalam keluarga aku akan ade satu hari untuk bahasa inggeris. Kalau cakap bahasa lain akan dipulaukan. Haha. Agak kejam disitu. Tapi BM 6 hari. Nape lagi teruk ni?


Notakaki:
Kazen ajak kerja di negara singa. Tak tahu nak pergi atau tidak.
Photobucket

0 chiLLin':

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...