Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Thursday, July 24, 2014

Nenek tak merestui

raya tahun lepas;

nenek: bila nadia nk bwk mata air jumpe nenek ni?

nadia: erk. nenek la carikan. xdpt aaron aziz, spupu spapat dy pun jadila nek..

nenek: ade pulak. takyah la org sini. takboleh pakai.. ape laki bujang mesia da habis da ke..

nadia: takboleh ke, nek.... sob.sob. (TT)

*maap la taufik batisah, nenek tak merestui kite.

Wednesday, July 23, 2014

Aku tak sekuat mana

Ya Allah.

Jangan lah Engkau biarkan aku berkasih-kasihan pada yg tidak halal bagiku.

Aku takut.
Aku takut aku alpa.
Aku takut aku meninggalkan Mu lagi.
Aku takut aku melangkau batas pergaulan, dan
Aku takut menghampiri zina.

Cukup.
Cukuplah dosa2 yang telah aku lakukan sebelum ini.
Cukuplah aku berlaku kejam pada diri ini.

Ya Rabbi.

Kau lindungilah hambaMu yang hina ini dari dosa2 ku yang lalu. dan janganlah Kau palingkan hatiku sesudah Kau berikan ku petunjuk.

Jangan. Jangan dekat dengan aku. Bukan kerana aku rasa tidak selamat bila berdua, ini kerana bila berdua akan ada yang ketiga.
Dan aku tahu aku tak sekuat mana.

Sunday, July 20, 2014

Ukays - Bila Diri Disayangi

Baru aku sedar lagu Ukays-Bila diri disayangi ni bukan untuk lovers.

Ya Allah, dangkal sungguh hambaMu ini.

Pertama kali menghayati bait-bait lagu. dan bait lagu ’Bila Terkeliru Ku Ucap NamaMu, Terasa Diriku kembali dipandu’ membuat aku termenung.

Siapa lagi yg mampu membuatkan aku kuat, on track dalam dunia ini, mengingatkan aku apa yg betul salah, selain Allah?

Jadi, buat pertama kali dengar lagu rock kapak dengan bergenang air mata, khilafnya diri ini.

Terdengar Bisikan Mesra
Kalimah Keramat Bermentera
Bermulanya Siang Berakhir Malam
Tak Akan Ku Jemu Menyebut NamaMu

Tiada Batasan Waktu
Tiada Tempat Mu Tertentu
Di Gunung Di Lembah, Di Darat, Di Air
Siapa Pun Hamba, Keikhlasan Doa, Keagungan Kasih
Merubah Takdir

Bila Ku Sedari Diri Disayangi
Langkah Kaki Ini Semakin Berani
Bila Terkeliru Ku Ucap NamaMu, Terasa Diriku
Kembali Dipandu

Engkau Yang Pertama, Tiada Akhirnya
Aku Dalam Kegelapan Engkaulah Cahaya
Izinkanlah Aku Menumpang Di Sini
Di Bawah Naungan Kasih Dan Sayang Mu
Ku Berserah Diri

#cukuplah Allah sebagai tuhan, dan tiada sesiapa dalam hati ini selain Mu, Ya Allah.

Saturday, July 19, 2014

Kemiskinan apekah ?

Mungkin benar kata kau, yang aku tak pernah merasa susah. Meskipun aku tak pasti tahap kemiskinan yang kau katakan itu.

Aku tak kisah la kalau kau nak ditch aku pasal aku tak pernah susah macam yang kau kate.

Tapi.

Being ’susah’ bak hang macam kau kate, tak memberi lesen bagi kau menggunakan duit orang lain untuk dilaburkan dalam saham hiburan kau.

Alasan.

Aku diam bukan sebab aku kesiankan kau. Sebab. Kalau aku bukak mulut, aku akan katekan yang kau ni memang bangang abadi 7 keturunan (kenape 7 aku pun tak tahu).

So, daripada aku jatuhkan sumpah seranah. baik diam. dan tulis.

thanks bg inspirasi untuk menulis, badigol.

Monday, April 21, 2014

Tersedar dari mimpi

Terasa seperti baru tersedar dari tidur yang panjang. panjang dan panjang. Sepertinya semua itu mimpi. Mimpi buruk? Mimpi best?
Tak pasti.
Yang pastinya, aku dah celik.
Dan kehidupanku berlalu seperti biasa.

Wednesday, January 8, 2014

percaya

tak kira ape kata kau.
baik atau buruk.
janji tulen atau plastik.

10% pun aku percaya tidak.

Yup! I got some trust issues.

Saturday, January 4, 2014

Ala budak kecik

Hampir seminggu menyepi.
Iyup! Ego aku tinggi.
Akhirnya dia hubungi aku.
Tapi...

Mcm halilintar panggilan tersebut.
Aku terdiam.
Aku bertanya apa perlu aku beri penjelasan?

Kerana serius aku rase macam kena marah ala budak kecik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...