Bosan. Bosan. Bosan bila keluar makan.... Teman makan tak habis, then, apabila ditanya kenapa tak habis.... 'kau boleh la makan giler banyak tapi badan tak naik2 jugak'. Oh sangat tooot! itu jawapan.
Sudah lah. Memang aku kuat makan pun. Tapi ade time. Biasanya aku tak tunjuk time aku takde selera makan. So mereka memang tidak akan tahu. Betapa terseksanya bila lapar giler tapi nak makan tak boleh. Macam sekarang. Biasanya PMS la punye pasal. Macam pregnant tahu? Bau cam sedap je.. Tapi bila masuk je, kembang tekak. Ape boleh dibuat? Tido lagi baik.
Tak. Tak. Dulu tak macam ni. Dulu lagi PMS, lagi aku belasah itu makanan. Mereka yang kenal aku zaman sekolah, mesti tahu aku ni macam mana. Gemuk? Tak yah kata la. Ade aku kesah? Ntah.
Sehingga la aku menjejakkan kaki di Times Square. Bukan buat pertama kali. Kali yang keberapa tah. Tapi kali itu tiba-tiba mahu pergi seorang diri. Kenapa? Usah ditanya. Ingat lagi, habis kelas saja terus naik bas. Tak toleh kiri kanan pun. Ntah. Sedang jalan-jalan, tiba-tiba ternampak ade satu kedai yang tersangatlah comel. Baru menjejakkan kaki sebelah, orang kedai itu pun berkata dengan muka seposen dia, 'dik, kedai ni hanya jual baju sais S je dik.'. Ok. aku tarik balik kata kedai kau comel.
Sejak itu lah aku berazam nak saiz S. Rejim segala regim la aku buat. Tiga hari tak makan, nasi bukan lagi makanan ruji, gelanggang basketball jadi taman permainan aku. Sneakers jadi selipar aku. Pasal ape? Senang nak lari. Haha.
Berapa lama? 3 tahun lebih aku buat. Tapi effect dia, badan jadi ngada-ngada. Sakit pinggang, lenguh la bagai.. Lemah. Salah cara. Ye aku tahu tu. Tapi nak express punye pasal. Makan vitamin. Itu je la yang aku mampu buat untuk support badan ni. Tapi nak buat macamana, kurus macam mana kurus pun, tetap tak boleh muat saiz S. Struktur tulang saya tak mengizinkan. Ha. Ha. Kerana tulang saya, saya akan nampak macam jelangkung kalau saya kurus lagi. Jadi kene naik balik. Tapi nak naik balik, pipi saya dulu yang akan naik. Ok. Sangat kelakar.
Ape pun, tempoh hari saya ade pergi TS setelah sekian lama tak pergi. Saya cari itu kedai. *harus*. And guess what? Dah tiada.
Mamat homeless
6 years ago
0 chiLLin':
Post a Comment