Ok. Kita sambung. Serius kali ini. Betul.... *tahan gelak*. Pffft~.
Serius. Serius. *picit pipi*
Saya. Ada seorang kawan ni. Dis guy. Sekali pandang mungkin tak perasan kelibat dia ni. Dua kali pandang, mungkin masih tak perasan kalau tidak menurunkan angle kepala sikit. Muka? Bukan setakat muka, siap badan-badannya sekali memang tak hensem mana. So ape spesialnya dia nih? Tah. Mungkin kesialan dia? Okay2. Joke2. Sorry lor...
Dia tak baca blog. Malah kaki buta it. Ape dia tau? Biarlah dia je yang tahu.
Saya dengan dia kekadang lepak sama. Kekadang. Sebab saya busy. Betul saya busy. Apesal lah orang tak percaya kalau saya kata saya busy? Hey takde masa lah nak buat2 busy bagai. Ok. Back to topic.
Dia. Selalu lah sangat mengadu nasib takde awek. Kenapa? Munnnngggkinnnnnnn..... Tak hensem? Kalau kata kejamnya, muka pecah doh. Kejam. Saya memang tak suka guna perkataan itu. Melainkan dah la muka pecah, perangai longkang. Haa itu barulah saya guna. Hahaha.
Tapi dia ni, perangai dia baik. Joker. Considerate? Boleh la.. Tapi mulut dia ada sikit takde insuran la. Bukan takde, kureng.. Tapi yang penting hati dia memang baik. Kalau minta tolong tu, akan tolong seboleh dia lah. Bagus budak ni.. Harta? Rete bende ni dia takde g.. Basikal pun dia takde. Sepasang kaki (yg tak berapa nak panjang) dia je la yang boleh diharapkan.
Rahsia nya? Apela korang ni. Mestilah saya suka dia. Suka. Sebagai kawan? Pada mulanya saya pun fikir macam itu. Tak tahu nak cakap macamana. Tapi, bila dia sedih, saya pun akan rasa susah hati. Bila dia gembira, saya pun boleh lapang ini dada.
Kami kawan. Ye. kami kawan. Dia memang tak syak langsung. Betapa lah sakitnya hati macam bawang kene slice-slice lelaju dek Chef Farhan kat kolej tadi bila dia sibuk nak mengusha girls di luar sana. Cecite kegagalan dan kejayaan dia mengusha (kebanyakan gagal).. Tapi nak macamana, kalau dia happy macam tu. Saya selaku kawan dia, mesti lah kene support morally. Siap bagi advice tu yang tak boleh blah tu. Baik tak saya?
Itu lah rahsianya... Sikit je. Sekarang ni, saya sudah kurangkan kekerapan saya kontek dia. Kebetulan pula saya busy kan. Ini untuk menyelamatkan diri saya dari suka dia lebih dari sedia ada. Tak boleh lah saya.. setiap kali kami kontek even just sms saya boleh jatuh lagi dari tingkat 25. Itu sekali. Kalau sepuluh kali? Tak mati saya nanti?
Pentingkan dirikah saya?
Dia memang tak syak ape-ape. Jujur betul dia. Ape-apelah. Yang penting, saya tak hilang kamu sebagai kawan. Happy sokmo ye kamu...
Mamat homeless
6 years ago
2 chiLLin':
eh, bkn rahsia xleh citer ke? hehe
then bukan rahsia lagi la... haha
Post a Comment