Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Wednesday, March 16, 2011

Senget adalah tajuk entri ini.

Sakit kepala. Dua-tiga hari ni, menghabiskan masa di rumah makcik di Shah Alam. Yes. Im back in Shah Alam. Ingatkan nak stay rumah kawan, jangan diharapkan benda yang hampir mustahil ye. Semuanya pasal kezen. P kantoi sama mak dia pahal. Takpe. Takpe. Parents saya, bercuti di langkawi sampai jumaat ni. Saya? Tak dapat ikut. Interview yang saya pergi tempoh hari, dah panggil balik. Cepat seyh. Layan. Kat mana? Rahsia. Lol.

Ye sakit kepala. Dalam tiga tahun yang lalu, tak risau. Public transport bersepah. Wa tak sesat punye. Tapi kali ini, kene la drive sendiri. So sakit kepala, nak mendownload peta jalan kat Selangor ni. Pecah. Pecah. Tak. Tak pecah lagi. Emo je. Kezen yang sangat memahami. Terus bagi guna pc dia. Tanpa diminta. Ditambah lagi, si puteh, kucen makcik saya, sibuk nak mengendeng tepi saya ni. Nak ajak main la tu. Jangan buat eye contact sama si puteh, habis dia ikut je nanti.

Sebut pasal interview tempoh hari, secara kebetulan (atau suratan?), one of my ex-classmate, juga ada attend interview itu. Dan dia juga terpilih. Shesh. Coincidence nor coincidence. Tak pe. Secara bertambah lagi kebetulannya, dia juga ada makcik tinggal berdekatan dengan HQ. Lebih dekat dari rumah makcik saya. Saya? No hal. Lagi dekat lagi bagus. Nak tambah-tambah lagi kebetulannya, dia tiada transport. Saya pula, tiada accommodation. Win-win situation la kan?


Ape-Ape je lah. So starting for tomorrow, bersedialah untuk menggelapkan kulit kembali. Aaaa... Hahahahaha. Kau bukan reti nak pakai sunscreen bagai kan nadiah?


Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

Bored.

Im bored. Yeah. Super bored. In need of sleep. Yesterday can't sleep at all. Sped up in highway. Didn't noticed. By the time my mind woke up, saw a signboard 'Selamat Datang ke Melaka'. Glanced at my watch, barely an hour. Shoot. I'm so dead if my mom knows it.

30 days of challenge. Haven't finish it yet, have i? That too. I... can i just ignore it? Can't. Okay. Postpone it then. I am gonna do this new game. Confession of mine. Its not a game though. Supposedly more suitable for Tumblr. But, since its not the purpose of my Tumblr. So i will do it here.

Whatever.


I think i ran over a cat this evening. Somehow like this colour. But its already dead i think since there wasn't any blood splattered. But the bumped sound was just...
OH MY GOSHH!!

Photobucket

Tuesday, March 8, 2011

Whatever.Whatever.

These past few days. Sucks real sucks. My skin is in the worse condition i ever counter. Too bad till i don't even want to go outside. But tomorrow have to. I can't just pull it out. For what reason? Pimple breakout?? Ha.ha.ha. Life doesn't always goes in your direction.

Whatever. I am a girl. Shouldn't be much of problem nowadays. Actually its been long long time before. Pfft. Pimple? Der.. What the purpose of me spent some money on makeup? Lol. What can i say, being a girl is expensive. Just put on concealer, foundation, etc, etc, if still visible, concealer again, again and again... Till terasa macam ade pinggan atas muka. Not a big deal right?

Whatever.Whatever.

Seriously this time, i'll accept it, if i am accepted of course. No more main-main. This time, its a serious business, babe.


Pffft!!
HAHAHAHAHA
*Laughing so damn hard*
Photobucket

Saturday, March 5, 2011

Secret Garden Big Bang

Ingat lagi kdrama Secret Garden? Hehe. Kali ini kita tenguk Secret Garden ala Big Bang. Big Bang? Saya pun pernah cerita juga pasal diorang. Artis boy band korea. Kipas susah mati seyh.... Oh this year mereka akan datang Malaysia. Ngeheheee.. Ala macam saya mampu pergi pun. Mampu tunggu di Mtv atau Hitz.tv je le.

Big Bang sebenarnya banyak buat parody drama-drama korea. Especially mana-mana yang top tu. Among my favorite, Coffee Prince and Boys Over Flower. Giler kelakar kene penangan Big Bang. Kali ini, Secret Garden pula yang menjadi mangsa.



T.O.P memang cool habes. Lagi hensem dia kan? Tapi memang la. Imej dia yang cool, plus mende mengarut dia buat, jadi sangat-sangat adorable. Uuuu... comel sangat!!!

Gdragon, atau GD, dia ni memang sokmo amik watak perempuan. Takpe. Suits him anyway. Especially dalam cerita Coffee Prince Parody. Apa yang berlaku sekiranya perempuan yang dianggap lelaki, rupa-rupanya memang lelaki pun. Mau rabak gelak.

Yang lain, Seungri, Taeyang, Daesung, pun okay. Tapi saya tak ambil pusing sangat hehe. Saya suka T.O.P aka Choi Seung Hyun. Cool + cute = awesome. Oh ye. Kalau nak tenguk T.O.P berlakon dengan serius, cerita Iris. Watak, cold-blooded killer. Hot seyh.

Nerdy TOP? *nosebleed*

Awesomenessss!!!!!!!  Can't wait mereka datang Malaysia...
Tapi kalau TOP boleh datang rumah saya lagi bagus. Tee-heee...


Photobucket

Friday, March 4, 2011

Ganas? Kurang ajar? Memang kurang di ajar.

Tadi saya buka balik akaun Friendster saya. Tak boleh delete itu akaun. Harap Friendster pun tidak ditutup. Tapi tadi, serius terpinga-pinga saya dibuatnya. Jadi kuno rasanya. Berubah habis. Totally different than before. Game pun dah ade seyh. Bagus-bagus. Cuma wall masih tak dapat menandingi wall FB. Sila berusaha lagi.

Saya dah jadi sopan. Lol. Tak sopan mane. Tapi nak dibandingkan dengan penggunaan ayat saya lebih dari 3 tahun lepas... erk. Saya sendiri pun terkejut. Saya ke yang tulis komen-komen ni semua?? Ape teruk benar saya neh?

No wonder la.. Orang tak anggap saya perempuan. Sedih? Tak. Sucks je rasanya. No wonder la. Kawan saya tanya orang Johor memang kasar ke bahasanya. ok. Maaf. Baru saya faham.

Saya rasa sedih. Sedih sangat. Kenapa saya macam itu? Kenapa kawan saya memahami sangat? Kenapa tak tegur? Ceh salahkan orang pulak kan. Haha. Sendiri yang tak sedar nak salahkan orang. Yang best nya, kawan saya balas komen, tak de la kasar mane bahasa. Kenapa saya? T to the E to the R to the U to the K.

Mungkin saya masih budak-budak kut dulu. Bukan mungkin. Memang pun. Harus. Kiranya sekarang ni dah matured ke? Tak. Belum lagi. Masih belajar. Bagi saya, maturity itu seasonal. Bertindak ikut keadaan. Boleh tak? Janji survive. Lol.

I don't hate the past me. Me in the past, did not have a clue how the universal cruelty changed her so damn much. More, i miss her. The shy me. The quiet me. The sensitive me. The considerate me. The smile-to-anyone me. And the me who listen.

Damn. I changed too much. Now what?


CLOSE my eyes??


Photobucket

Thursday, March 3, 2011

Mari Berbahasa Malaysia!!!

Ini satu lagi entri berbahasa Malaysia. hehe. Ambil dari nota Facebook Liana. Tapi saya nak buat di blog.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1.Siapa anda:
 Anda? Maaf. Tak kenal. Tapi saya tahu seseorang yang digelar anda. Pelik kan?

2.Saya sedang mendengar :
Bunyi yang pelik di luar. Saya rasa ia adalah bunyi kelawar. Uuuhh.. Edward?

3.Mungkin saya patut :
Buka tingkap panggil Edward masuk. 

4.Saya suka :
Baca komik sampai mata lebam.

5.Sahabat-sahabat baik saya:
Tiba-tiba ajak pergi Beijing tahun depan. Tengah tercengang ni.

6.Saya tak paham :
 Kenapa Beijing?

7.Saya kehilangan :
 saya. Saya sesat.

8.Ramai yang berkata :
 Apesal kau tak **** lagi hah? 

9.Makna nama saya :
 Saya? Dalam bahasa Jepun maksud dia, watashiwa.

10.Cinta itu adalah :
Bagi saya, satu perkataan yang membawa maksud berbeza kepada hampir setiap individu, yang terdiri daripada 5 huruf yang setiap satunya berbeza. Mungkin itu salah satu faktor kenapa maksudnya berbeza? 

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
 Tidur dalam keadaan kelaparan di bawah cahaya bulan. Insaf-insaf.

12.Saya akan cuba :
Menggunakan apa yang saya ada seadanya untuk membantu masyarakat. *Panggil saya poyo. Tapi saya serius*

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tapi... SELAMANYA bukan ayat. Jadi, saya tak tahu nak terjemahkannya.

14.Telefon bimbit saya :
 Saya tak bimbit. Saya simpan dalam beg.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
 Ape patut saya buat hari ini? Ok tipu. Itu yang ketiga. 

16.Saya paling meluat apabila :
Benda yang saya buat tidak mencapai apa yang diharapkan

17.Pesta/Parti adalah :
 Tempat bersosial yang kadang-kadang sangat meluatkan.

18.Haiwan paling comel yang saya pernah temui ialah :

Encik Millow, arnab kawan baik saya. 

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
 18-19. Pertama kali menghabiskan masa 24jam, 7hari seminggu bersama kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa.

20.Hari ini :
Saya buat Macaroni Carbonara. Minum petang di Kluang Rail Coffee

21.Malam ini saya akan :
Sudah pagi.

22.Esok pula saya akan :
Kene pergi Johor Bahru. 

23.Saya betul-betul inginkan :
Sesuatu yang bergelar kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ape perlu saya buat??

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Sebenarnya bukan pagi pun. Hehe. Sempurnakanlah akhlakku sebagaimana Kau sempurnakan rupa parasku. -_-

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah. Arked pun boleh juga. Saya agak fleksibel.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dua-dua saya gemar. Tapi saya suka belajar masak makanan barat. hehe.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Terang. Saya rasa rimas dalam gelap. Adakah saya ada sedikit Klaustrofobia?? Oh tidak.

28.Makanan segera adalah :
Makanan yang siap dimasak dalam masa 3 minit. Hmm.. Untuk orang kurang sabar?

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
Good night. Yang membawa maksud, selamat malam.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Mereka gemar permainan ini
Yang lain boleh cuba juga :)



ps: Setiap kali saya mahu menulis karangan Bahasa Malaysia, saya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Baru saya sedar, selagi saya belum meletakkan tanda nokhtah, saya akan tahan nafas. Sindrom apakah itu???

Photobucket

Tuesday, March 1, 2011

Realiti atau Khayalan semata?

Bila perut terasa lapar, otak pun akan berfikir macam-macam. Betul. Saya hanya makan dua keping roti Gardenia+kaya (Rail Coffee punyer kaya memang terbaek) dan secawan teh susu dalam pukul 3 petang. Dan secawan coklat panas pukul 9 malam tadi. Seorang-seorang. Baca cerita seram pula. Teringat kes-kes seram sewaktu di matrikulasi. Sebab. Itu kali pertama saya duduk asrama. Macam biasa lah. Bebudak lelaki memang nakal tak tentu pasal. Selalu je buat cerita seram buatan sendiri. Terutama di lokasi pintu masuk KMJ. Kolam tersebut memang epik. Bagai-bagai versi ada dengar. Yang bagusnya ada ke mereka rakam cik 'gula-gula besar' kat situ. Tapi lama-lama kantoi buatan semata-mata.

Saya dapat hostel Al-Biruni, yang kedua terakhir. Strategik amat. Dari balkoni terutama dari tingkat tiga, terus berdepan dengan hostel A(tak ingat pulak nama ape) yang merupakan hostel lelaki. Terbaik dari ladang. Itu kerana susunan blok hostel macam bentuk 'U'. Jadi, ada faham?. Tapi bilik saya menghadap blok terakhir. Blok perempuan. Tingkat tiga. Walaupun bukan yang paling atas, tapi tingkat empat tiada penghuni. Kenapa? Tak pasti pula. Seram tak? Haha. Seram lagi blok sebelah kalau kau orang nak tahu. Blok yang hari-hari aku hadap setiap pagi. Ntah. Suka tenung.

saya punyer. Serius ingat lagi kat Lactose Operon itu.

Macam biasa. Rutin tiap hari. Balik kelas paling lewat pukul 4. Aktiviti, tidur sekejap. Pukul 5, turun beriadah. Malas macamana pun saya akan turun juga. Terima kasih kepada Nana dan Nonoy (mereka bukan kembar) tarik saya sampai jatuh katil. Kami main tenis, kalau ada Ipin kami main badminton, selalunya main bola tampar. Balik pukul 7. Lepas tu beronggeng. Maksud saya, tenguk wayang atau bergosip di malam hari. Pukul 12pagi, menghadap buku sampai pukul 3 atau 4 pagi. Rutin harian ye. Hujung minggu lain cerita. Oh rakan sebilik saya pula sebaliknya. Oleh kerana saya berbeza kuliah dengan mereka, saya lah yang selalu balik lambat. Balik kelas je, mereka dah menghadap buku. Tapi mereka tak keluar petang. Liat betul mereka. Dah nak habis belajar baru nak ikut saya. Huh. Bila masa saya belajar, mereka semestinya sudah tidur. Jadinya, memang tugas saya la untuk memastikan pintu, lampu semua ditutup sebelum saya tidur. Oh lupa, saya tak suka guna lampu meja. Jadi, saya buka lampu kalimantang itu. Takpe, mereka tidur mati. Pernah je saya sakat bagai-bagai, tapi..... tiada respon langsung.

Nonoy dan Nana

Saya tak amik tahu pasal mende-mende kat sana. Jadinya saya memang tak tahu. Bila saya beritahu waktu saya belajar pada Nana dan Nonoy, mereka kelihatan terkejut. 'Weyh, kau tak takut ke weyh... Dah la kau menghadap......' Eh? Memang saya tak faham ape yang mereka kata. Berdasarkan apa yang mereka cerita, ada satu bilik, di blok sebelah, yang menghadap sini, ditutup sebab ada kes. Lepas tu, mereka kata bilik yang menghadap tingkap saya, menurut mereka tak pernah menyala lampu. Oh saya tak pernah pula nak perhati macam itu sekali. Dan... saya pun dengar lah macam angin lalu di senja hari.

Suatu hari, rutin macam biasa. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan bunyi bising rakan-rakan sebilik saya. Kecoh sekecoh-kecohnya. Tak sampai 3 jam pun saya tidur. Dengan bengangnya tanya la kenapa dengan mereka. Mereka tiba-tiba marah pula kat saya. Atun, yang pertama sekali bangun, kata dia tenguk lampu, kipas, pintu, tingkap, langsir semua terbuka luas. Baiklah, kipas itu terkecuali. Hoh? Mau tak terlopong saya dengar tuduhan tidak berasas itu. Saya tenguk langsir kat katil saya. Terbuka. Tiada angin sebab statik itu langsir. Saya tenguk rakan sebelah katil. Ida... 'weyh aku pun baru bangun, okay'. Semua mata tertumpu kat saya. Heishh.. Bermati-matian saya katakan pada mereka, saya tutup semua. Siap kunci pintu semua. Tak mungkin saya lupa perkara sepenting itu. Lampu? Sebelum mereka tidur, hanya 1 lampu je saya guna. Ape pasal pula saya nak buka keempat-empat lampu? LOgik? Mereka terdiam. Saya cuba melogikkan keadaan, 'Angin la kut yang bukak pintu langsir semua.. Kan nak musim tengkujuh da.' Mata semua tertumpu kat langsir-langsir. Seperti yang saya kata tadi, statik. Terdiam lagi. Ermm... Ribut dah berhenti kut?

Rakan sebilik kesayangan.
Ida, Dira dan Atun... 
Sepanjang hari, saya rasa serabut nak cari jawapan. Saya tanya jiran-jiran bilik lain. Mereka tiada apa yang berlaku. Jadinya, bilik saya sahaja yang ade ribut malam itu. Masa itu la saya teringat semua cerita yang Nonoy cerita kat saya. Tapi saya tak cerita dekat rakan sebilik. Mereka sampai sekarang agaknya masih tak tahu cerita itu. Eish.. Nak je saya pergi blok sebelah cari jawapan. Selang beberapa hari, saya terserempak dengan kawan sekolah saya. Nak dijadikan cerita, dia duduk blok sebelah. Sering juga dia datang singgah bilik saya walaupun tingkat tiga. Saya? Jarang. Hehe. Pertama kali dia datang, dia terus tenguk tingkap. 'eh, bilik awak menghadap blok kita ke rupanya...' Tiada apa yang misteri menurut dia. Tapi, ade lah satu malam dia turut diganggu. Dia kata dia tak tahu itu betul atau hanya mainan perasaan. Okay. Saya dah cukup saspen. Saya tak berani nak cerita kejadian itu kat dia sampailah ke hari ini.

Sejak kejadian tersebut, rutin masih diamalkan. haha. Tempat je bertukar. Saya belajar lewat malam di bilik Nana dan Nonoy. Besok pagi baru pulang ke bilik. Sampailah kami tamat pengajian. Tiada lagi perkara yang di luar logik akal berlaku. Diharapkan.

Masih. Mencari jawapan. Ape? Kenapa? Bagaimana? Bermain-main di kotak pemikiran. Ape pun, ia menjadi titik tolak saya mula mempercayai perkara-perkara yang langsung tiada logika.


Ya. Panggil saya kuno.


Oh. Entri kali ini menggunakan 100% bahasa Malaysia. Agak susah. C pun rase-rase memang tak lepas. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...