Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Thursday, March 3, 2011

Mari Berbahasa Malaysia!!!

Ini satu lagi entri berbahasa Malaysia. hehe. Ambil dari nota Facebook Liana. Tapi saya nak buat di blog.

Sila jawab soalan-soalan ini dalam Bahasa Melayu sahaja.

1.Siapa anda:
 Anda? Maaf. Tak kenal. Tapi saya tahu seseorang yang digelar anda. Pelik kan?

2.Saya sedang mendengar :
Bunyi yang pelik di luar. Saya rasa ia adalah bunyi kelawar. Uuuhh.. Edward?

3.Mungkin saya patut :
Buka tingkap panggil Edward masuk. 

4.Saya suka :
Baca komik sampai mata lebam.

5.Sahabat-sahabat baik saya:
Tiba-tiba ajak pergi Beijing tahun depan. Tengah tercengang ni.

6.Saya tak paham :
 Kenapa Beijing?

7.Saya kehilangan :
 saya. Saya sesat.

8.Ramai yang berkata :
 Apesal kau tak **** lagi hah? 

9.Makna nama saya :
 Saya? Dalam bahasa Jepun maksud dia, watashiwa.

10.Cinta itu adalah :
Bagi saya, satu perkataan yang membawa maksud berbeza kepada hampir setiap individu, yang terdiri daripada 5 huruf yang setiap satunya berbeza. Mungkin itu salah satu faktor kenapa maksudnya berbeza? 

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
 Tidur dalam keadaan kelaparan di bawah cahaya bulan. Insaf-insaf.

12.Saya akan cuba :
Menggunakan apa yang saya ada seadanya untuk membantu masyarakat. *Panggil saya poyo. Tapi saya serius*

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tapi... SELAMANYA bukan ayat. Jadi, saya tak tahu nak terjemahkannya.

14.Telefon bimbit saya :
 Saya tak bimbit. Saya simpan dalam beg.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
 Ape patut saya buat hari ini? Ok tipu. Itu yang ketiga. 

16.Saya paling meluat apabila :
Benda yang saya buat tidak mencapai apa yang diharapkan

17.Pesta/Parti adalah :
 Tempat bersosial yang kadang-kadang sangat meluatkan.

18.Haiwan paling comel yang saya pernah temui ialah :

Encik Millow, arnab kawan baik saya. 

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
 18-19. Pertama kali menghabiskan masa 24jam, 7hari seminggu bersama kawan-kawan tanpa pengawasan ibu bapa.

20.Hari ini :
Saya buat Macaroni Carbonara. Minum petang di Kluang Rail Coffee

21.Malam ini saya akan :
Sudah pagi.

22.Esok pula saya akan :
Kene pergi Johor Bahru. 

23.Saya betul-betul inginkan :
Sesuatu yang bergelar kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Ape perlu saya buat??

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Sebenarnya bukan pagi pun. Hehe. Sempurnakanlah akhlakku sebagaimana Kau sempurnakan rupa parasku. -_-

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah. Arked pun boleh juga. Saya agak fleksibel.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dua-dua saya gemar. Tapi saya suka belajar masak makanan barat. hehe.

27.Bilik yang terang atau gelap :
Terang. Saya rasa rimas dalam gelap. Adakah saya ada sedikit Klaustrofobia?? Oh tidak.

28.Makanan segera adalah :
Makanan yang siap dimasak dalam masa 3 minit. Hmm.. Untuk orang kurang sabar?

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
Good night. Yang membawa maksud, selamat malam.

30.Siapa yang anda mahu Tag?
Mereka gemar permainan ini
Yang lain boleh cuba juga :)



ps: Setiap kali saya mahu menulis karangan Bahasa Malaysia, saya akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Baru saya sedar, selagi saya belum meletakkan tanda nokhtah, saya akan tahan nafas. Sindrom apakah itu???

Photobucket

0 chiLLin':

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...