Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Tuesday, March 1, 2011

Realiti atau Khayalan semata?

Bila perut terasa lapar, otak pun akan berfikir macam-macam. Betul. Saya hanya makan dua keping roti Gardenia+kaya (Rail Coffee punyer kaya memang terbaek) dan secawan teh susu dalam pukul 3 petang. Dan secawan coklat panas pukul 9 malam tadi. Seorang-seorang. Baca cerita seram pula. Teringat kes-kes seram sewaktu di matrikulasi. Sebab. Itu kali pertama saya duduk asrama. Macam biasa lah. Bebudak lelaki memang nakal tak tentu pasal. Selalu je buat cerita seram buatan sendiri. Terutama di lokasi pintu masuk KMJ. Kolam tersebut memang epik. Bagai-bagai versi ada dengar. Yang bagusnya ada ke mereka rakam cik 'gula-gula besar' kat situ. Tapi lama-lama kantoi buatan semata-mata.

Saya dapat hostel Al-Biruni, yang kedua terakhir. Strategik amat. Dari balkoni terutama dari tingkat tiga, terus berdepan dengan hostel A(tak ingat pulak nama ape) yang merupakan hostel lelaki. Terbaik dari ladang. Itu kerana susunan blok hostel macam bentuk 'U'. Jadi, ada faham?. Tapi bilik saya menghadap blok terakhir. Blok perempuan. Tingkat tiga. Walaupun bukan yang paling atas, tapi tingkat empat tiada penghuni. Kenapa? Tak pasti pula. Seram tak? Haha. Seram lagi blok sebelah kalau kau orang nak tahu. Blok yang hari-hari aku hadap setiap pagi. Ntah. Suka tenung.

saya punyer. Serius ingat lagi kat Lactose Operon itu.

Macam biasa. Rutin tiap hari. Balik kelas paling lewat pukul 4. Aktiviti, tidur sekejap. Pukul 5, turun beriadah. Malas macamana pun saya akan turun juga. Terima kasih kepada Nana dan Nonoy (mereka bukan kembar) tarik saya sampai jatuh katil. Kami main tenis, kalau ada Ipin kami main badminton, selalunya main bola tampar. Balik pukul 7. Lepas tu beronggeng. Maksud saya, tenguk wayang atau bergosip di malam hari. Pukul 12pagi, menghadap buku sampai pukul 3 atau 4 pagi. Rutin harian ye. Hujung minggu lain cerita. Oh rakan sebilik saya pula sebaliknya. Oleh kerana saya berbeza kuliah dengan mereka, saya lah yang selalu balik lambat. Balik kelas je, mereka dah menghadap buku. Tapi mereka tak keluar petang. Liat betul mereka. Dah nak habis belajar baru nak ikut saya. Huh. Bila masa saya belajar, mereka semestinya sudah tidur. Jadinya, memang tugas saya la untuk memastikan pintu, lampu semua ditutup sebelum saya tidur. Oh lupa, saya tak suka guna lampu meja. Jadi, saya buka lampu kalimantang itu. Takpe, mereka tidur mati. Pernah je saya sakat bagai-bagai, tapi..... tiada respon langsung.

Nonoy dan Nana

Saya tak amik tahu pasal mende-mende kat sana. Jadinya saya memang tak tahu. Bila saya beritahu waktu saya belajar pada Nana dan Nonoy, mereka kelihatan terkejut. 'Weyh, kau tak takut ke weyh... Dah la kau menghadap......' Eh? Memang saya tak faham ape yang mereka kata. Berdasarkan apa yang mereka cerita, ada satu bilik, di blok sebelah, yang menghadap sini, ditutup sebab ada kes. Lepas tu, mereka kata bilik yang menghadap tingkap saya, menurut mereka tak pernah menyala lampu. Oh saya tak pernah pula nak perhati macam itu sekali. Dan... saya pun dengar lah macam angin lalu di senja hari.

Suatu hari, rutin macam biasa. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan bunyi bising rakan-rakan sebilik saya. Kecoh sekecoh-kecohnya. Tak sampai 3 jam pun saya tidur. Dengan bengangnya tanya la kenapa dengan mereka. Mereka tiba-tiba marah pula kat saya. Atun, yang pertama sekali bangun, kata dia tenguk lampu, kipas, pintu, tingkap, langsir semua terbuka luas. Baiklah, kipas itu terkecuali. Hoh? Mau tak terlopong saya dengar tuduhan tidak berasas itu. Saya tenguk langsir kat katil saya. Terbuka. Tiada angin sebab statik itu langsir. Saya tenguk rakan sebelah katil. Ida... 'weyh aku pun baru bangun, okay'. Semua mata tertumpu kat saya. Heishh.. Bermati-matian saya katakan pada mereka, saya tutup semua. Siap kunci pintu semua. Tak mungkin saya lupa perkara sepenting itu. Lampu? Sebelum mereka tidur, hanya 1 lampu je saya guna. Ape pasal pula saya nak buka keempat-empat lampu? LOgik? Mereka terdiam. Saya cuba melogikkan keadaan, 'Angin la kut yang bukak pintu langsir semua.. Kan nak musim tengkujuh da.' Mata semua tertumpu kat langsir-langsir. Seperti yang saya kata tadi, statik. Terdiam lagi. Ermm... Ribut dah berhenti kut?

Rakan sebilik kesayangan.
Ida, Dira dan Atun... 
Sepanjang hari, saya rasa serabut nak cari jawapan. Saya tanya jiran-jiran bilik lain. Mereka tiada apa yang berlaku. Jadinya, bilik saya sahaja yang ade ribut malam itu. Masa itu la saya teringat semua cerita yang Nonoy cerita kat saya. Tapi saya tak cerita dekat rakan sebilik. Mereka sampai sekarang agaknya masih tak tahu cerita itu. Eish.. Nak je saya pergi blok sebelah cari jawapan. Selang beberapa hari, saya terserempak dengan kawan sekolah saya. Nak dijadikan cerita, dia duduk blok sebelah. Sering juga dia datang singgah bilik saya walaupun tingkat tiga. Saya? Jarang. Hehe. Pertama kali dia datang, dia terus tenguk tingkap. 'eh, bilik awak menghadap blok kita ke rupanya...' Tiada apa yang misteri menurut dia. Tapi, ade lah satu malam dia turut diganggu. Dia kata dia tak tahu itu betul atau hanya mainan perasaan. Okay. Saya dah cukup saspen. Saya tak berani nak cerita kejadian itu kat dia sampailah ke hari ini.

Sejak kejadian tersebut, rutin masih diamalkan. haha. Tempat je bertukar. Saya belajar lewat malam di bilik Nana dan Nonoy. Besok pagi baru pulang ke bilik. Sampailah kami tamat pengajian. Tiada lagi perkara yang di luar logik akal berlaku. Diharapkan.

Masih. Mencari jawapan. Ape? Kenapa? Bagaimana? Bermain-main di kotak pemikiran. Ape pun, ia menjadi titik tolak saya mula mempercayai perkara-perkara yang langsung tiada logika.


Ya. Panggil saya kuno.


Oh. Entri kali ini menggunakan 100% bahasa Malaysia. Agak susah. C pun rase-rase memang tak lepas. 



Photobucket

3 chiLLin':

- yuszieka - said...

ok la tu. blok aku lg ngadap tangki air.
rilek jek nmpk die jalan2. haha
dh la ngadap blok b. blok ayah aji.
lg sronok nmpk atas bumbung tau. haha
blum kire lg ape aku nmpk kat kafe b tu. haha

Abdul Qaiyum said...

tape...try lagi..ok ape fully malay...saya bagi anda B-...boleh?

Belog Atas Empat said...

yusz: peh... rileks je kau. Klasmate aku, fik boleh pengsan nampak cik Pon kat tangki tu. Tak tau la dia tu memang lemah ke ape.

Qaiyum: B-? terima kasih. Tinggi gak markah anda beri. Kura-kura la saya nak buat karangan.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...