Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Wednesday, February 23, 2011

Pimples dan Remaja

Pimples atau dalam Bahasa Malaysia; jerawat. Jerawat adalah satu norma dalam masyarakat. At least. when we talk abaout jerawat, mesti dalam kepala otak ni akan fikir, remaja... Yup. Remaja, waktu hormon mula terumbang-ambing sebelum menjadi stabil apabila sampai ke fasa dewasa.
Giler kritikal time remaja. Siapa kata easy? Salah langkah, kesannya sampai ke hari tua. Okay macam tipu. Saya belum tua so belum tahu. Takpe. Zaman sekarang dah senang. Mayfair bagai-bagai ade. Kamu orang cuba tinggal hulur duit je. Ubat tak jalan, laser ade. Kan? Same thing goes la dengan kes-kes obesiti tu semua. Semua nya bermula seawal usia remaja. Dalam bahasa omputehnya, adolescence. Dalam buku Human Nutritions, Adolescence merujuk kepada mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun. Peringkat ini adalah kritikal. Mereka memerlukan semua nutrisi lengkap secara optimum. Siapa ade adik, anak di peringkat ini, take note please.

Pesanan khidmat masyarakat: Amalkanlah Gaya Hidup yang Sihat Seawal Umur Remaja.

Pffft. Saya? Dah di peringkat awal dewasa. My skin already matured. Agak susah nak handle. Tu yang ade je product collagen bagai-bagai. Tapi saya tak reti mende-mende tuuuu... Nak tahu? Penuaan kulit bermula seawal 20 tahun. Tak tahu la kesahihan nya. Ini daripada iklan Olay. Oh sekarang Kajol kot jadi model... Unbelievable. Fairer dah weyh. Still unbelievable. Jangan cakap guna Fair and Lovely. lol.

Tak. Saya cuma nak beritahu. Pertama kali saya sebenar-benarnya kenal jerawat, apabila saya berusia lewat 18 tahun. Oh maknanya setahun je lagi nak keluar dari kategori remaja. haha. Final exam in JMC. Kelakar-kelakar. Nasib baik saya ada kawan yang reliable, maksud saya punya produk yang bagus, punya khidmat nasihat yang superb juga. Since, saya pada kala itu tak punya malah tak kenal pun ape produk kene pakai. Memang terhutang budi lah. Baru saya tahu kenapa my mom selalu pesan; 'tangan kotor jangan pegang muka'.  Dah terhantuk baru nak terngadah. Harus ye kawan-kawan. haha.

Sebenarnya waktu my first adolescence's thing itu, saya ada rase sedikit happy dalam kekalutan. Kalut sebab tak tahu nak buat ape. Happy? Sebab... Yeay! Mereka dah tak boleh nak gelakkan saya sebab saya tak ade jerawat!!  Macam hape je bila teringat balik. Itupun nak happy. Mereka la jahat. Abuse mende-mende yang sangat tak masuk akal. Dengki malaun betul. Selalu je tak kasi saya dengar borak-borak diorang. Alasan: Kau takde jerawat, which means budak kecik. Giler la diorang ni. Bila fikir balik... who are the ones budak kecik? Ape-ape je la... Actually mereka-mereka tu kezen saya sebelah mak. kat Jb. So that is why saya lebih rapat dengan kezen belah ayah.

So sekarang ni... Diorang rajin pulak la kan nak reunion-reunion bagai.. Mereka dah berhijrah ke Malaysia Tengah. Sibuk pulak nak suruh aku kerja kat sana. Stay rumah dia orang. ' Nad, nad dok la rumah aku.. Kerja sini a weyh... Boleh hangout...'. Rase cam hipokrit boleh tak kau.

Giler makan hati aku kot.. Dah la. Takde pun. Aku tak simpan dendam. Betul. Famili juga. Tak ke mananya. Cuma otak saya dah dilatih mende remeh mana pun tak lupa. Selagi tidak di format kembali. Kalau makan hati dah lama aku ade darah tinggi. HBP kata lainnya. Haha.


Sudah la. Lain pulak daa ceritanya. Serius tak boleh jadi tukang karut.
Nak ke jadi??
Thank you. But no thanks. 


Photobucket

Imperfections are Beautiful



Yes. People do take others' pain as a joke in the #$@#. 
And what worse, shove it back right at the face.
What is wrong with the world. 
I just don't know. 
Sometimes we are just not meant to be a Martian. 
Err did i just state... Sometimes??

Photobucket

Monday, February 21, 2011

Dalam Sebulan.

Dalam sebulan,
Ada paling kurang satu hari,
saya akan makan macam makan untuk 3 bulan.

Dalam sebulan,
Ada paling kurang satu hari,
saya akan makan macam makan untuk breakfast je.

Dalam sebulan,
Ada hari,
Saya nak tido je.

Dalam sebulan,
Ada hari,
Saya tidak mahu mengakhiri hari pun.

Dalam sebulan,
Ada hari,
Saya akan.......
Kau pehal? Kau ade utang aku 150 juta hengget ker?!

Dalam sebulan, 
Ada hari,
Saya tidak mahu membuat human contact pun.

Dalam sebulan,
Ada hari,
You talk to me, You are DEAD!


Itu baru sebulan. Cuba 2 bulan. Apetah lagi 3 bulan. Life is hard. Yeah yeah whatever. Till today, saya masih mencari pemangkin untuk perbaiki diri saya. So, tiba-tiba kalau nampak saya lain macam, sila lah jangan diteguri. Tapi biasanya kalau tiada apa, saya akan isolate diri sendiri okay. Jangan risau. Haha.

So, thats is why im so in love of being single. Need not worry of others. LMAO.

Btw, check dis out. Love the way they mash-up those songs.



Photobucket

Sunday, February 20, 2011

Bila dah bosan.

Nak tido. Tapi tak boleh. Kesakitan keperutan yang teramat tak sangat. Oleh itu. Blogwalking macam biasa. Lepas tu.. Saya berprofile-walking pulak. Haha. Tah macamana tah. Tup tup. Sampai kat profile penduduk negara-negara giler comel. Korea and Jepun la weyh.

Sangat giler. Boleh nosebleed tak nosebleed la. Sambil-sambil boleh tenguk real people betul tak? Tak semua la yang comel, cantik, hensem, bagai-bagai. Normal la macam kite gak. Agak susah nak cari yang hensem macam Aaron Aziz. Itupun Singaporean. Malaysian?? Hmmmm... Artis yang agak hensem pun aku tak jumpe g weyh. Tapi ape pun, aku nak gak orang sana. Uuuuuuu~ Boleh tibai bagi nama anak comel-comel. Macam Yui. Suke seyh ngan nama tu. Kalau boys pulak suka nama Yuki, eh unisex la nama Yuki tu.. Tapi kalau nak guna nama tu muka pun kene la ada kannn.. Thats why laaa... huhu.

Godek-godek.....



Nama: Tanaka Tatsuya
Age: 20 y.o
Studies in Nihon University College of Arts
Single.
Based on his preferences...... Oh he might be gay. Amat.





ps: giler cantik. Macam Park Shin Hye pun ade. Nama dia pun saya suka!!







Name: Nakagawa Hiroki
Age: 18 or 19 since baru lepas high school.
Single. Propa je lebih la kau.

ps: banyak lagi gambar dia memang comel sokmo kot. Tapi i choose this the only one gambar yang bukan pose bajet comel. Haha. Dia kata, ni mak dia amekkan takkan dia nak buat gaya -u-. Lol.


Dah cukup dua. Rambang mata karang. How about korean? Lol. Ape yang boleh di kata... Yang hensem semua jadi artis. Jadi, itu semua propa je semua Ft-island, Big Bang bagai-bagai. Real life? ehem. Eh, Nigahiga okay what.... Haha.



Name: HyungWoo Henry Chung
Lives in Vancouver
From: Seoul

ps: Banyak komen mengatakan dia hensem. Kata anda?? Oleh kerana dia half, saya cakap, ini tidak kira.


Sudah. Sudah. Ape je la aktiviti aku kan memalam. Stalker wannabe. Hahahahaha.

Photobucket




ps: Maaf-maaf guna gambar tanpa kebenaran. Ngeeeee~

Saturday, February 19, 2011

Jawapan Esei Kertas 3 Kimia yang terbaek pernah aku jumpe.

Abaikan soalan since jawapan dia memang takde kene-mengena dengan mana-mana soalan pun.


(a) Hipotesis:
- Semakin hari semakin sayang
- Semakin lama menjawab soalan, semakin lapar perutku ini.

(b) Pemboleh ubah
- Dimanipulasikan: Jenis makanan di kantin
- Bergerak balas: Tahap kelaparan
- Dimalarkan: Waktu rehat

(c) Kaedah
1. Beratur sebelum mengambil makanan. Catat masa anda beratur dengan menggunakan jam randek.
2. Jam randek diberhentikan serta-merta setelah anda memasuki ruangan mengambil makanan.
3. Catatkan jenis makanan yang ada bersama bahan/ramuannya sekali di dalam Jadual 1(a).
4. Pilih makanan yang bersesuaian dengan diri anda.
5. Jam randek dimulakan sebaik sahaja anda beratur untuk membayar makanan. Matikan jam randek setelah selesai membayar makanan.
6. Ulang eksperimen dengan makanan yang lain.

(d) Pemerhatian:
-Pemerhatian dilakukan berdasarkan duit (buruk@baru) yang makcik kantin beri. *nampak sangat berkira*

(e) Persamaan Ion:
Makan(p) + Minum(ce) + Lapar(g) → MakanMinum2(ak) + Kenyang(ak)


KOMENSUSAHMATI: Bersungguh- sungguh dia menjawab. Pasti parents dia bangga walaupun tak tahu tapi tak tinggal kosong. Orangnya? Pembekal chewing gum saya. Oh saya suka amat dengan Persamaan Ion dia. Bravo! Bravo!!! Banzaiiiiiii!!!!!

Photobucket

Thursday, February 17, 2011

My Fifth already. *sigh*

Today its already my forth day of possessing my fifth ermm.. mobile phone? Masih terketaq-ketaq lagi tangan. *ala2 Nad*. Serius kene serius kali ini. Takleh main curang-curang dah. Aye.. aye.. Eh kejap. Curang tu ape?

My first ever mobile phone was Nokia 3200. When i was in Form 3. Hooo.. Ini masih dalam posesi saya sebenarnya. Cuma dalam keadaan mati segan hidup tak mao. Haha. Diperolehi hasil 'betting' dengan ayah saya. 'If i can prove that i can do it. I can get what i want'. Itu je. 'It' tu ape? Hehe. Biarlah rahsia. Malas.

Suka amat dengan keypad dia.

Then, my second mobile phone, was gained before i was admitted to UiTM in 2007. Its the super kawaii SE w300i. Motif: Comel siakkk!! Flip.. flip.. awwwww~ This one, i know its still lying somewhere in my house. Hiding itself. In other words; i misplaced it.



Not long after, i bought *actually not my money of course* Nokia N76. Motif: No specific reason. Suka dengan design dia yang compact but still flip. Boleh slip masuk at the back of my jeans lagi. Gile compact. lol.


Dengan keayuan saya, tak sampai 3 bulan pakai. Rosak. Terjatuh dalam ketinggian 4 kaki lebih. Dengan kata lain. It dropped from my hand unconsciously. Damn. What is wrong with my nerves system? Then i revert back to sew300i. So kira paling setia la si comel itu.

End of 2010, i bought a new one but still SeW series. Se w580i. Why? Just getting bored of the cutey-cutey side. Getting more malas of flipping-flipping the phone. Haha.



But, not long after i bought the phone, my classmate also bought the same model. The same colour. With ME accompanying her. With way much cheaper. Erk~ Whatever.

motive: to differentiate our phones.
Demo, atashi no tomodachi no onamae mo nadiah desu yo.

Then, tempoh hari, akhirnya tiba kedatangan warga baru dalam hidup saya. Baru tak baru la. Nokia 5530 Xpressmusic. Motif: Tak diketahui. MASIH tidak mengetahui. Amek je.


Masih kosong. Need to be personalised. Ngehehe. Ape pun. Di harapkan it will still be in one piece till 2012. Behave! Behave!



Photobucket

Thursday, February 10, 2011

Blues sungguh hari ini..

Terbanyak pula la entry untuk 10hb. Kali ini berbentuk diari.

Besok hari Jumaat. Akak saya balik kut. Terus checkout Mersing. Selasa Checkin Muar pulak. Haha padan muka busy kot spital Muar tu. Habisla darah la telinga dengar komplen dia tangan lenguh-lenguh bagai. Slang pun mesti berubah kan. Kene sebut Muo ye. Pffft~

Tadi pergi Johor. Maksud saya Johor Bahru. Jangan nak buat lawak pulak 'eh kau kan dah kat Johor, nak Johor mana lagi'. Oversize pipi sebelah jangan nak komplen plak. Macam biasa appointment adik. Takpe doc tu cun. Lawak. Selamba je beraku-kau. Baru kahwin since merah gi tangan tu. Tapi last time dia sangat mean. Kasi aku tenguk real life punya episod dalam tekak. Whattaheck.. Bukan nak tanya boleh tenguk flesh ke tak. Nasib la saya tak pass out. Tak pernah pun lagi menceburi bidang pengsan-memengsan ni. So tadi just berlatih je. Macam-macam ilmu wa dapat. Macamana nak meninggikan pitch suara. Huuu sangat berguna okay. In the same time sikit la berharap dapat jumpe doc itu. Tapi saya tahu. Tak mungkin. Dia kejenye dekat wad itu dan hanya itu. Takde pasal saya nak pergi wad sana. Dah la sebelah dengan ward psychiatric. Haisshh. Oh nak tau tak saya tahu kereta dia ape. Nyaris juga beli kereta yang sama dengan dia. Stalker. lol.

Tadi balik Kluang, saya drive. Tak tahu la ape jadi. Kecewa dengan diri-sendiri. Blues je rasa. Kesian kat penumpang wahaha. Lepas tu kat tol, saya tak rapatkan kereta then of course la kan tak sampai nak tap TnG. Tapi nasib baik masuk lorong Tiket & TnG. So bro yang bertugas tu tolong la tapkan. Dengan dia-dia sekali gelak. Bunguks. Then, macam biasa bukan highway la kan namanya kalau tak speed. Tolong sikit i tak main rempit-rempit okay. Sedang syok-syok speeding. My dad cakap, 'tu nampak tu ops sikap punya pondok'. Whhaatttt!!! Alamakkk... moga-moga kamera dia rosak time tu. Tak pun invisible kejap. Coffee time ke.. huhu. Kejap je. Lepas tu continue. Keluar tol, oh saya sangat menci dengan jalan mengkibol. Batak kot. Longgar segala skru. Oh tadi lesson baru. Memotong lane kiri dengan tiada perasaan. Sekali lagi, kesian penumpang.

Sampai rumah, McD time. Lepas tu layan Secret Garden jap. Tapi my dad asyik potong stim je. Ape tah yang dia sibuk bising-bising tadi. Grrr... Annoyed. Then tunggu la dramatv Tiramisu last episod kot tadi. Tapi... saya tertido boleh? Sedar-sedar je Dani ngan Melur tengah akad nikah. Hah?? Ape-ape jela. Naik atas, sambung tido. Sedar-sedar pukul 10pm tadi. Dah macam tak boleh tido je ni. Oh bulu mata saya mengeras. Tadi tak cuci muka terus tido kann.. Malas. Oh besok mesti ade pimple datang singgah. Takde date. So tak kesah. lol.

Masih terasa blues. Overdose tido kah? Tadi handphone menyanyi. Siape tah call. Boleh tenguk je handphone tu. Sampai la dia senyap sendiri. Unregistered number. Adeyh lagi malas nak angkat. Kalau opis hour lain cerita la kan. Sebenarnya dah 3 malam dah nombor ni. Masalahnya. MALAM. Kalau penting, besok pagi pun kau boleh call kan? Ini tidak. Malam sahaja. Ade sekali dia msj. Guess what? Mesej kosong. @#$%!@. Lantak kau lah. Yang penting. Tak rase pun nak jawab panggilan hangit kau.

So, sekarang ni. Nak turun. Makan-makan. Sampai ngantuk balik. Besok rasa nak pergi Econsave *baru bukak kat area rumah* nak membeli sayuran. In the mood of vegan. Lol.

Untuk perhatian, vegan pun ade banyak jenis tau. Tak semestinya kau vegan, tak boleh makan nasi, ikan, telur bagai. Vegan ada banyak jenis. I didn't take Nutrition Class for nothing yaw~





Photobucket

Valentine tak Valentine...


Kalau nak tahu, video ni dah berapa kali la lalu kat Wall St. fb saya. Kontroversi? Agak a kut. Ntah. Tapi betul juga. Memang la as a good muslim haram celebrate Valentines Day. Jangan tanya aku hari ape tu. Tak amek tahu k. Pedulik hape aku harga bunga naik kaw-kaw kalah minyak petrol kat pasaran. Takde effect hidup aku pun. Aku lebih suka la kalau orang tu bagi hutan. At least hidup segar-bugar bunga-bunga sekalian. Eh tak. Jangan bagi. Mati kut kat tangan aku. Sudah. Sudah.

Ape yang buat kecoh wall aku sebenarnya start from minit ke 3:23. Statement dia yang mengatakan all kind of maksiat stuffs adalah tradisi Kristian?. Me like; whattaheck mann.. Ape kau racist ke? Nak je aku kata tapi kalau tak kerana aku still respek, aku tak join lah bahan-membahan kau kat fb tuh. Grateful? Whatever. Sekali pun kite tak kenal agama lain, tapi sebagai exstudent national high school yang berbilang kaum, belajar pendidikan islam, moral sesama mestilah kite tahu yang semua agama mengajak umatnya berbuat baik kannnn. Tapi kalau bab agama Ayah Pin tu pulak tak tahula den. Tak pun boleh je belek bible kalau tak percaya. Bukannya haram pun pegang, baca bible tu pun. Tak kerepot pun itu tangan.

Adoyayyyy.. skrip error la kot tuu.. *positive2*.



Photobucket

Oh, He's So Gayyy....

Kontroversi siak tajukkk.. Sedang dalam mood Secret Garden. Tadi 2 episod lagi. Bile la weyh nak abesss... Tadi agak enjoyable sebab lawak la scene dekat Jeju Island tuu.. Ayat jiwang karat nak matt kot Oska tu. Gil Ra Im pulak boleh layan kan. Giler lawak hahaha. And then part yang Han Tae Ssun mengaku gay. Its expected sebenarnya. Tapi Oska agak mean. Macam disgusting pulak dia buat after dia tau. Huu kesian la weyh..

So hari ni nak cerita pasal gay. In my experience la. Hey not me ah. In the first place, if im not straight i won't be gay. Dalam dunia sekarang ni memang dah jadi norma dalam masyarakat kan mereka. Sebagai insan, saya tak mendiskriminasi mana-mana kaum/kepercayaan/whatsoever. So it not a big deal to me as long as they did not do any harm to me. First of all, being metrosexual does not mean one is gay. Being too sensitive also doesn't mean gay. Dah. The End. lol.


Saya ada seorang kawan ni. Kenal kawan atas kawan. Biasalah saya rajin kalau nak keluar-keluar ni. Ade yang baru kenal pun lagak macam lama kenal. Whatever. Then this boy, norma lah he agak jambu. Err cantik? Oh by the fact, dia yang ajar saya buat pakai eyeliner drag2 ni semua. Matt bukan sebenar. Then, one day he called me ajak pergi rumah hantu dekat faculty kawan dia. Awesomeness tak gitu. Oh saya pun dah pernah jumpe once kawan dia. Danny bukan nama sebenar. Dinner. Heh opkos la saya pergi. Faculty Danny pula fak. arkitek2 tu apetah nama dia panjang sangat. Tangga nak naik fak tu pulak tinggi tak ingat pulak kan. Serius itulah kali pertama dan kali terakhir saya naik fakulti tu. Patut ah ketat body Danny. Haha. Then kan. Sampai je kat depan fak. tu, Danny bagi saya air kotak Chrysanthemum Tea. Dan2. Terkedu okay saya. Awkward. Bukan ape.. Pernah tak. Korang especially ladies terima such courtesy tanpa disuruh? Is courtesy is the perfect word? Whatever. Mungkin pernah. Saya je yang tak pernah meet someone so considerable and gentlemen like that. Plus, semasa nak masuk Rumah Hantu tu pun dia sangatlah considerate. Matt dengan kawan girl saya, kunun Matt nak tunjuk berani cakap nak protect kawan saya kat dalam nanti but in the end sape yang protect sape pun tak tahu la weyh. Danny masuk first sebab dia kate dalam tu gelap.*whattaheck. Its suppose to be gelap la weyh*. Touching seyh. Gentle betul mamat neh. Tapi nak buat macamana, saya memang tak reti nak lagak ladies kalau masuk rumah hantu tu. So Danny dan saya jalan macam biasa je and sometimes dia tolong tolak hantu-hantu. Tapi saya rasa saya tertendang kut 'hantu' tu. Heee maaf2. Tapi Matt dengan kawan saya tu dah macam hape je. Mana janji2 manis Matt nak protect kawan saya tuuu.. Hampeh betul.

So after that, kami makan-makan. Tenguk persembahan lain. And balik. On the way balik tu kan. Saya dengan straightnya tanya Matt, whether Danny has a girlfriend or not. Haha. Matt macam reluctant sikit nak cakap tapi dia just kata dia tak tahu. Im just kidding back then. So i dont give it a damn. Innocently tak syak ape-ape. Then, the next day, my girlfriend told me actually Matt and Danny are going out. Me like; OmG what have i doneeee... Aaaa rasa bersalah giler okay dengan Matt. Imagine if your friend asking whether your boyfriend has a girlfriend. Sooooooooooo shitty. But still i can't apologize. I can't let him know that i already knew, can i?

Sebenarnya saya masih rasa bersalah sampai sekarang atas ketidaksensitifan saya terhadap Matt. But we still okay as a friends. Mesti dia makan dalam kan? Huhu. Hontou ni gomenasaaiiii. Wish u happiness, Matt and Danny. Seorang strict, seorang gentle. Really they suit each other. Jeles. Hahaha.


ps: Actually ramai kut dak fac saya minat Danny. Nak buat macamana dia memang hot. Kagum Matt buat cool je. Kalau saya mesti dah panas. I hope i can be like him. Chill out~



Photobucket

Wednesday, February 9, 2011

secret garden

Semalam semalam lagi episod membeli-belah. Beli dvd kdrama je. Ala ciplak je le. Alamak kira mencuri ke? Opps sorry... *sungguh tak ikhlas* Padahal boleh je kan download tenet. Malas-malas. Secret Garden. Itupun pasal da banyak blog review cerita ni. So agak convincing untuk menghadapnye.

Saya baru tenguk 2 episod. Ape yang boleh saya katakan...... oh lama tak tenguk Ha Ji-Won berlakon. Since movie 100 days with Mr.Arrogant. Epik okay. Tenguk banyak kali pun tak bosan. Hwang Ji Ni pun dia juga tapi im not quite into Joseon era. Except Sungkyunkwan hehehe..

Dan...

this scene reminds me of FF

OMG im soo in love with the hairstyle. Nice mann.. Comel amat. Huhuuu..

Mommmm... can i cut my hair real short like her???

ps: i bet my mom will shriek at me like last time mannn.. nadiahh!! what have u done to ur haiiirrrr?!!! LMAO.


Photobucket

Tiramisu.

Saya suka amat dengan Tiramisu. Baik kek, mahupun aiskrim. Kenapa? Sebab tak manis sangat. Dan coffee. My ex-housemate saya pernah bawa balik kek tiramisu 0.5kg straight from her kitchen class. Only slice taken. Dia kata dia salah buat. Salah? Terendam lebih masa dalam Nescafe je. So a little bit more bitter. But bagi saya sedap jeee... Serius i still remember the taste till now. aaa rindu okay.. Secret Recipe pun tak boleh lawan. SR punyer much more creamier. But Hana's... You know, i love coffee so damn mucho. But, berapa lah sangat orang boleh handle kepahitan coffee itu. The sweet taste of the bitterness.


Memang that night, saya dinner makan kek Tiramisu Hana je kut. Kalau boleh saya nak habiskan seorang tapi.... mannerism is what taught by my family. Saya bagi lebih kurang half of the cake *kurang* kat jiran atas rumah. Jauh betul. Sebelah tak kasi. Nak bagi yang atas juga. Bukan saya yang nak okay. Housemate saya yang paksa huhu. Mana taknye.. Bebudak Engine lol. Lagipun diorang dah banyak tolong da. Tolong ingatkan kunci jangan letak luar bagai-bagai *clumsy giler rupernye kami*. Macam biasa la, brutal memang brutal tapi bile tang unknown guys tetibe jadi ayu pulak exhousemate2 kesayangan saya tu. Nak tak nak, saya la kene hantar. Nak menyerahkan kek feveret sedih tau rasa huhu. Dan besoknya, tahu ape mereka balas? 2 bungkus Maggie mee siap belum bukak peket lagi. Terkedu giler kami. Hahaha. Dan.. kami berterusan la tukar-tukar hidangan once in a while sampai la kami checkout. Terima Kasih kat Hana, Tiqah, Bel and Raihan pasal kelas kitchen korang save duit makan kami. Hehe.

Saya bile tenguk Tiramisu dramaTV, saya terkenang diri saya. Saya. semakin saya suka kat seseorang. Semakin jauh saya push dia. Tahu. Tahu.. I should not do that. But i can't help it. Tapi bile scene Dani told Melur yang dia nak marry Tina. Serius sentap kot. Impressive. How Melur can act like nothing? But me? I don't think i can cope it like that.

Aaaaaaa.. Tak nak. Tak nak...!! Get away from me!!! Don't tell me!! Just get lost!!!!

Boleh?


ps: Fail essay lari tajuk.
Photobucket

Monday, February 7, 2011

Membaca surat khabar di perantauan.

Baca newspaper kat Singapore. Tak perasan pula brand ape. Tapi macam ala-ala Berita Harian. Headlines dia consist of inside Singapore, Australia, and of course lah, Malaysia. Bacalah one day tu. Berita utama di Singapore, Australia semua pasal banjir, typhoon. Aleh-aleh part headlines Malaysia, pasal rogol eh? Me like; what a fish cake yang dipotong-potong. So obvious mannn..

Sudah. Sudah. *bak kata Che Ai* Yang saya nak cerita kat sini bukan pasal itu. Ni nak cerita pasal dialek. Dialek ke? Macam bukan pun ade. Penggunaan bahasa kut. Actually newspaper kita sendiri pun penggunaan tatabahasa pun agak kureng juga. Bahasa saya guna lagi la hampeh. Haha.

Tapi mereka sangat lucu la. Saya baca siap gelak-gelak even though berita itu sepatutnya menyayat hati okay. Pernah dengar belen-belen? Bukan hantu balan-balan ah weyh. Ni belen-belen. Nenek saya selalu je cakap mende ni. Belen tu dari perkataan balance. Contoh ayat: *Ikan yang belen-belen tu kalau taknak makan simpan*. Pasar enough? Kan? Bayangkan lah perkataan seperti belen-belen itu digunakan dalam akhbar. Tak pecah perut gelak?




Photobucket

Sunday, February 6, 2011

Coloured Contact Lenses

Yeah i do wear them. Occasionally. Almost 2 years already. Baru je. But, all this time saya hanya pakai yang crystal clear type of contact lenses sahaja. Selalu la orang tanya kenapa tak pakai yang coloured punye? Damn.

Saya manusia biasa. Saya juga tergoda dengan godaan-godaan duniawi ni semua. Nak juga try yang coloured. Murah je pulak tu. Compared to mine yang clear ni. Boleh beli dua pasang yang coloured punyer. So better yang coloured kan?  But, saya diam je. Tak berani lagi nak beli. Rasa bersalah. Why? I don't know.

nice kan? I really want to play with my eyes like this.

Last three days, saya balik kampong.. Jalan-jalan kat Arab St. Suddenly i saw this Malay girl, wearing cool colour contact lenses. She looks stunning. My aunt eh, tibe-tibe macam tahu whats going on in my mind, said she once asked his husband whether can or not she wear one. Aunty-aunty saya semua jiwa remaja. Kadang-kadang saya pun kalah okay.  His husband said simple je. Boleh kalau tak merubah penampilan. Uuhhhh.. Then. Konklusi nye tak boleh la kan.

Sedih la juga rasa. Pasal semua orang pakai. Rasa macam kuno. Tapi, takut dengan dosa. Complicated la rase nye..

So sad ah my life.... Hahahahahahaaha

ps: shopping shoppingg.... tapi just spent S$ 30.. Yang lain aunties belanja.. wohooo.. 




Photobucket

Wednesday, February 2, 2011

SesiLepasGeram -sila abai-

Esok mau balik kampong....
Sila jangan contact saya..
Jika tak mao menyesal...
Takkan aku nak inform sorang-sorang..

Tahun-tahun lepas,
Aku pulak yang kene ke..
Kau yang contact aku
Out of the Blue pulak tu..
Tak dapat reach kau marah.
Kau tak tanya sape suruh.

Dah, dah.
Malas nak layan.
Kau nak contact juga
contact la
credit lu bukan credit wa.
Tak de reply jangan nak marah wa plak.

------THE END-----

lol

ps: Tak dapat naik tren cuz banjir.. Alah kalau naik tren pun sampai jb jekkkk.. Boooooo~



Photobucket

Tuesday, February 1, 2011

Pickup Lines.. Eiyyuuu



Bluerghhhh..
Seriously pick-up lines make me sick.. 

Taken from Tumblr..
Eishh i forgot my tumblr's password lah...
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...