Saya selalu baca blog orang. Nota muka buku kawan-kawan, tentang ciri-ciri yang perlu ada pada teman yang istimewa dalam hidup. Saya selama ni memang tiada. Tak pasti apakah. Since saya ni otaku, manga adalah kamus bagi saya, semestinya tidak wujud sama sekali teman istimewa itu di dunia realiti ini. Tapi, bila dah selalu keluar. Observe dunia ni secara telus. Akhirnya saya tahu apa yang saya cari. Jangan risau. Memang simple. Tapi payah dijumpai.
1- Jujur.
Sangat penting. Kau nak main kayu sepuluh ke seratus ke. Tak kisah. Asal jujur. Tahu dari orang lain lagi sakit, tahu? Tempe betul.
2- Considerate.
Ape eh dalam bahasa melayu? Bertimbang rasa? Betul la tu kut. Memang la semua akan considerate terhadap seseorang itu. Tapi, ada tak seseorang itu juga bertimbangrasa dengan orang lain wlaupun awek dia ade kat sebelah? Kalau ada sila angkat laptop anda.
3- Boleh tenguk tembus saya.
Dalam omputehnya, can see right through me. Ada? Macam mustahil kan? Ade.. Saya pernah jumpe. Tapi dah baibai. So kene cari lagi.. Lol.
4- Memahami tanpa perlu diberitahu.
Yang ini ade sangkut paut dengan poin di atas. Takyah kate dia dah tahu. Bagus tak bagus? Buat saya terharu gila babeng kut..
5- Tak begitu meminta.
Maksud saya demanding. U know... Saya cepat bosan. Serius ni. Penyakit kronik. So lebih baik jangan selalu nak berhubung, jumpa. Coz saya akan gilalah bosan siot!. Kejam? Tak. Bagus ape. Jimat juga itu kredit. Dan. Jangan juga la tanya mende yang sama setiap hari setiap masa. Kene report bagai-bagai. Berpada-padalah.
6- Tidak berlagak sejuk.
Maksud saya cool. Memang la normal kalau seseorang itu berlagak cool dengan awek dia. Normal instinct. Dalam komik juga begitu. Sokmo. Tapi saya taknak. Sila jadi diri sendiri. Kalau anda manja, manja lah. Tak kisah. Tak jatuh pun itu saham.
7- Dengar.
Dengar ape yang saya katakan. Saya tak suka orang berleter so saya juga tidak berleter.Saya tak suka cakap kuat. So dengar ye. Hahaha. Oh saya suka gelak. Memang retard.
8- Tidak berleter
Ye harus. Boleh tegur kalau ape yang saya buat tak betul. Tapi jangan nak lebih-lebih.
9- Protective
Ini sepatutnya letak atas tapi malas pula nak mengedit-edit. Ini normal je. Semua macam itu. Kalau yang serius la. Betul?
10- Tidak merokok.
Ini optional. Suka hati la nak merokok atau tidak. Tapi saya tak suka asap rokok. Baunye susah nak ilang. Dan saya sayang peparu saya lebih dari seseorang itu.
Ketinggian kehenseman semua tak penting. Saya pandang the least bende-bende itu semua. Tak macam kaum sebaliknya. Heh. Jangan nak tipulah.
Saya ada jumpe seseorang itu. Ada ciri-ciri yang disebut. Tapi saya tak kenal dia lagi. Teman keluar tapi nama sebenarnya pun saya tak tahu lagi. Umur? apetah lagi. Tapi dia sangat fun. Oh dia popcorn maniac. Tak bazir popcorn kalau keluar dengan dia. Dan, saya tak perlu jadi diri orang lain bila keluar dengan dia. Tak payah tempek-tempek muka bagai. Sebab dia selenge je orangnya. Hahahaha.
3 chiLLin':
Best gile...nk buat entri cmni gak lah..hahaha
hahahahaaa sila2. nak baca anda punyer pula..
nanti lah saya buat
Post a Comment