Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Tuesday, April 12, 2011

Im Not Okay, demmit!

Don't worry, im okay.
Seriously, chill out. 
Never been better.

White lies. 

Truth is.......




Monday, April 11, 2011

Sesi intebiu paling bengong.

Suatu ketika....

Me: Eh, Encik nak p mana?
En.Ahmad: Saya nak balik la. Tak boleh ke saya nak balik?
Me: Oo.. Boleh tapi sebelum tu Encik kene intebiu saya dulu. Besok saya ada kelas la encik..
En.Ahmad: Ye. Ye. *sambil buat muka toya*

Me bergegas amik kertas assignment dan duduk macam budak baik sedang menunggu arahan.

En.Ahmad: So, awak dah tahu FOH macamana?
Me: *dgn confidence* Dah.
En.Ahmad: Apa yg awak tahu?
Me: Tanya la baru saya jawab.
En.Ahmad: *senyum kambing yg sangat huduh* Ice machine awak tahu?
Me: *angkat kening* Giler konfident.
En.Ahmad: Awak tahu dia operate guna apa?
Me: Errrrr... gas?
En.Ahmad: Kata tahu.. gas ape?
Me: Gas Karbon Dioksida.... kan? *logik akal semata sila jangan contoh*
En.Ahmad: Yeke? Bukan oksigen?
Me: Oksigen?? Macamana boleh oksigen? Kalau ikut logik, karbon dioksida la kan?? *muka tak puas ati*.
En.Ahmad: Oksigen.
Me: *tak puas ati gile babeng* Yeeeje. Symbol dia apa encik?
En.Ahmad: CO2. Oksigen la kan...
Me: CO2 tu oksigen?.

Drop pen bawah meja, reached down, gelak kaw2 3 saat.

Me: Sorry2. CO2 tu karbon dioksida la encik..
En.Ahmad: Ohyeke... *muka toya*. Takpe lah. esok awak jd mgr awak kene order mende ni. Takyah tahu gas apa sebab nanti ada state dekat packaging dia.
Me: Ooh.. Okay. *tahan gelak tahap kritikal*.

Photobucket

Bengang.

Today, all through the day, i've been keeping myself in my room. Gloomy monday. Padahal bukannya ada kerja ape pun. Pissed off with my dad. Grrrr~.

Surfing, looking for jobs...Then found this on JobsMalaysia. Qualification sangat rendah. Just certificate in Tourism. Just certs! Think should be okay. Click [apply]. Then, u know what pops out?

Anda tidak layak memohon jawatan ini. Sila pilih yang lain. 


Sorry i just cant seem to bend my middle finger today.
Totally ignore my phone that just cant be shut the hell up since.. Shut up.
Don't feel like talking. At all.
Please. Tomorrow, come quickly.
And heal me.

Photobucket

Sunday, April 10, 2011

Day 28: A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Aku ade gambar dlm DSI final exam of final year. Kau ade?
Nampak? Tak nampak pun ade aku kisah? Dulu. Saya seorang pelajar. Dan. Gemuk. Ceh macam sekarang tak gemuk. Dulu stress je makan. Stress, makan. Stressed = food. Stress pasal exam, assignment aje. Money? Tak ade hal. Pama ade. Ish3. 

Ni gambar 1st day kerja.
Tu 2 minggu lalu. Sekarang dah naik balik badannya. Kira latest gak la. Saya malas sikit nak bergambar-gambar ni. Haha. Serius. Saya tak lalu makan langsung kut sewaktu bekerja dulu. Makan pun setakat sesuap dua. Stressed. Dulu mentally stressed. Sekarang (bukan sekarang) physical stressed. Bila fizikal yang tertekan, makan pun tak lalu. Apetah lagi saya kerja bahagian F&B. Tenguk makanan pun kembang je tekak. Tak selera pun tenguk orang makan. Ye itu stress fizikal. Stress juga pasal duit. Dah tak boleh (bukan tak boleh, segan je) minta loan pama lagi. Duit minyak, tol, parking semua kene masuk ini kepala. Sakit.. sakit. Nak shopping pun kene fikir 3, 4 kali (je).


Untung lagi time belajar dulu....

Photobucket

Thursday, April 7, 2011

Kerekteristik. Macam ni ke eja?

Ye macam tu. Rosak. Rosak. Lol.

Saya selalu baca blog orang. Nota muka buku kawan-kawan, tentang ciri-ciri yang perlu ada pada teman yang istimewa dalam hidup. Saya selama ni memang tiada. Tak pasti apakah. Since saya ni otaku, manga adalah kamus bagi saya, semestinya tidak wujud sama sekali teman istimewa itu di dunia realiti ini. Tapi, bila dah selalu keluar. Observe dunia ni secara telus. Akhirnya saya tahu apa yang saya cari. Jangan risau. Memang simple. Tapi payah dijumpai. 

1- Jujur.
Sangat penting. Kau nak main kayu sepuluh ke seratus ke. Tak kisah. Asal jujur. Tahu dari orang lain lagi sakit, tahu? Tempe betul.

2- Considerate.
Ape eh dalam bahasa melayu? Bertimbang rasa? Betul la tu kut. Memang la semua akan considerate terhadap seseorang itu. Tapi, ada tak seseorang itu juga bertimbangrasa dengan orang lain wlaupun awek dia ade kat sebelah? Kalau ada sila angkat laptop anda. 

3- Boleh tenguk tembus saya.
Dalam omputehnya, can see right through me. Ada? Macam mustahil kan? Ade.. Saya pernah jumpe. Tapi dah baibai. So kene cari lagi.. Lol.

4- Memahami tanpa perlu diberitahu.
Yang ini ade sangkut paut dengan poin di atas. Takyah kate dia dah tahu. Bagus tak bagus? Buat saya terharu gila babeng kut..

5- Tak begitu meminta.
Maksud saya demanding. U know... Saya cepat bosan. Serius ni. Penyakit kronik. So lebih baik jangan selalu nak berhubung, jumpa. Coz saya akan gilalah bosan siot!. Kejam? Tak. Bagus ape. Jimat juga itu kredit. Dan. Jangan juga la tanya mende yang sama setiap hari setiap masa. Kene report bagai-bagai. Berpada-padalah.

6- Tidak berlagak sejuk.
Maksud saya cool. Memang la normal kalau seseorang itu berlagak cool dengan awek dia. Normal instinct. Dalam komik juga begitu. Sokmo. Tapi saya taknak. Sila jadi diri sendiri. Kalau anda manja, manja lah. Tak kisah. Tak jatuh pun itu saham. 

7- Dengar.
Dengar ape yang saya katakan. Saya tak suka orang berleter so saya juga tidak berleter.Saya tak suka cakap kuat. So dengar ye. Hahaha. Oh saya suka gelak. Memang retard.

8- Tidak berleter
Ye harus. Boleh tegur kalau ape yang saya buat tak betul. Tapi jangan nak lebih-lebih. 

9- Protective
Ini sepatutnya letak atas tapi malas pula nak mengedit-edit. Ini normal je. Semua macam itu. Kalau yang serius la. Betul?

10- Tidak merokok.
Ini optional. Suka hati la nak merokok atau tidak. Tapi saya tak suka asap rokok. Baunye susah nak ilang. Dan saya sayang peparu saya lebih dari seseorang itu.

Ketinggian kehenseman semua tak penting. Saya pandang the least bende-bende itu semua. Tak macam kaum sebaliknya. Heh. Jangan nak tipulah. 

Saya ada jumpe seseorang itu. Ada ciri-ciri yang disebut. Tapi saya tak kenal dia lagi. Teman keluar tapi nama sebenarnya pun saya tak tahu lagi. Umur? apetah lagi. Tapi dia sangat fun. Oh dia popcorn maniac. Tak bazir popcorn kalau keluar dengan dia. Dan, saya tak perlu jadi diri orang lain bila keluar dengan dia. Tak payah tempek-tempek muka bagai. Sebab dia selenge je orangnya. Hahahaha.

Saya ada adik lelaki!!

Macam tulis diari boleh? Haha. Serius senget. Biar ah. Tak nyusahkan orang kan.. haha.

Dok umah kezen. Saya rasa mcm dah ade adik lelaki. Since dia juga tinggal seorang. Parents busy. Kalau ade rumah pun  buat kerja dalam bilik. Kurang kasih sayang la sikit kazen aku nih. So saya temankan la dia. Tadah telinga. Ajak keluar makan. Main tukar-tukar kereta. Padahal sama je kut. Tidur asing ahh. Bilik air je rebut. Tapi panas je dia kalau aku mandi dulu sbb nanti satu bilik bau sabun. Peh aku pompuan kot. Memang la.. Senget betullah. Eh? Dia tak guna sabun ke?? Uuuuu... Hahahaha.

The End.

Wednesday, April 6, 2011

Rasmi sudah.

Semalam secara rasmi memulangkan segala batch, rete bende company segala. Comel baju. Tak rasa sesuai nak macam mana. Ukur baju di badan sendiri. Okay macam tak sesuai pakai di sini. Pergi secara langsung ke HQ. Malas eh nak berdepan dengan staf restauran. Serba-salah tu yang tak boleh blah. Tapi tak tau la langkah kiri ke kanan sekali Manager restauran rajin pula ke HQ pagi tu. Perlu pula kan buat suara sayu macam hape nak psiko orang. Aishhh.. nak letak jawatan pun payah. Serangan psikologi. Amatlah lemah saya punya daya halangan. Ngeks. hahahaha. Whatever.

Kenapa? Tanggungjawab punya la berat. Yes. I know, behind every power there is responsibilities. Semua nak kene jaga kut. Mestilah. Staf okay. Mereka boleh pakai punya orang. Siap ade gila kuasa pun ade. Biasa la... Saya orang baru. Mana nak lawan ngan mereka. Tapi, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sampai had dah nak sabar-sabar bagai. Penat. Itu belum masuk kertas kerja. Tak apelah. Bukan untuk saya mungkin.

Kini, saya tak tahu dah nak buat ape. Mata dah automatik celik pepagi buta untuk shift pagi. Harus diformat kembali. Tapi kadang-kadang rindu dengan staf-staf. Selalu remind saya. Sebab saya memang selalu lupa pun. Teruk. Teruk. Nak saya singgah TCRS? Tapi saya tak suka nasi ayam. Macamana eh? Oh lupa. Bukan sekadar nasi ayam. LOL. Biar saya beritahu. Curry laksa memang sedap giler. Mana saya tahu? Sudah tugasnya pepagi masa opening kene rasa masakan kari dahulu. Haha. 

Sekarang ni, saya kerjanya keluar meronggeng. Duduk rumah mati kutu tak tahu nak buat ape. Lepak. Lepak. Kadang-kadang en.Ahmad, ex-RM sebab dia juga dah resign, ajak keluar. Haritu baru je pau dia movie. Kat Sunway, hujung minggu pula tu. Haha. Kering tak kering. Tinggal kereta, merempit dengan dia ke Uptown. Tak pernah eh saya buat kerja macam tu. Bila fikir balik, menyesal pula ikut dia. Ish..ish.. Insaf. Insaf.

Besok mungkin I-city pula.

Weyh sila insaf ye cik Nadiah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...