Better to write for yourself and have no public,
than to write for the public and have no self
-Cyril Connolly-

Sunday, January 23, 2011

1 Hari Mencari Diri. ker...

Its been a while already.. Tak tahu sebenarnya nak tulis ape. Nak melengkapkan 30 days challenge, 2011 baru je start. Sebulan pun tak sampai. Gambar ini tahun pun tiada lagi.

So, selama saya sonyap-sonyap. Saya pergi jalan-jalan sebenarnya. Seorang diri. Dalam bahasa japan, hitori desu. Tak pergi mane pun. Pergi Kuala yang berLumpur. Tapi bukan pergi kat area bangunan yang tinggi-tinggi melangit tu. Tak suka. Ramai manusia la der. Kepala dah lah kusut. Lagi nak pergi tempat-tempat yang lagi mengusutkan. Sebenarnya ade tujuan asal nak pergi. Kezen saya, merangkap big bro pasal dia paling tua (dalam 27) asked me to go to an interview. Dia carikan. And guess what? As a lecturer. Oh satu perkerjaan yang sangat saya ragu-ragu. Kenapa? Ajar anak orang weyh. Salah ajar, dosa menimbun. So konklusinya, memang taknak lah. Tapi, kes saya ni bukannya reti nak kate taknak. Agree je. Especially kat orang yang saya sayang. Tapi kezen saya memang big bro lah. Dia faham. Sebab saya... Alamak tercengeng pulak depan dia. Hahahaha. Cengeng.. cengeng. Tapi, sebelum penolakan 'indirectly' itu berlaku, tiket dah beli kut. So ape lagi.. Gunakan lah ia dengan selamat...

Selepas minta permission dengan parents nak pergi sorang-sorang (susah wooo).. Pergi ler.  Bas tu bawak macam bini siput mengandung 3 bulan. Bas lain, lori saje-saje memotong bas kami dengan gembiranya lagi. Lepas tu main tukar-tukar tren. Suka. Sebab time tu tak ramai orang. Boleh berangan, cuci mata *ish3*... Mak saya selalu pesan, do not talk to strangers. Ok saya tak cakap. Eh, ade.. Saya ade cakap dengan orang saya tak kenal; pakcik-pakcik jual tiket, dengan pakguards, and siapa-siapa lah lagi dengan tujuan tanya jalan jugak. hehe.

Saya jalan-jalan je. Tanpa arah tujuan. Saya tak suka sebenarnya. Tapi memang dah takde tujuan. Nak buat macamana. Melantak dekat Wendy's. Oh saya suka amat Wendy's. After that, saya pun decide nak turun Shah Alam. Lagipun ada urusan belum selesai dengan Uitm tu. Lepas berfikir kaedah yang paling 'convenience', saya decide nak naik bas instead of komuter. Dah la kL sentral tu belum habis lagi reconstruction dia tuh. Tah dah berapa tahun. So, bus stop dia suppose di hadapan Monorel. So dengan confident pergi le menapak kat depan tu. Sampai je, rase macam something wrong. Tak rase nak cross the street pun. Ade pelik but don't know what. Teringat ade member kaki jalan sambung master kat Shah Alam. Lucky, still have her number.

Me: Moshi mosh... Nad, bz kah? Mo tanya....
Nad: YO! Weyh awat hang?? Tak.. kelas habis dah..
Me: Weyh aku kat depan monorel kl sentral. Mau cari bas U80 p tmpat hang. Tapi kenapa macam pelik je kat sini?? Tak ramai orang pun.
Nad: Hah? Ko kat kL ker? Awat tak bitau!! Jap. Weyh bas stop dah tukar la.. Kan dah jadi one way kat situ..
Me: One way? Ke mana?? Ohhhhh!!!
*baru nampak kenderaan bergerak arah yang sama*

Tergelak sendiri sekejap. Bengap tak bengap. Malu tahap *tooooot!!*.. Takpe, malu bertanya sesat jalan. Nasib baik wa tanya. Kalau tak, mau sampai besok tunggu bayang bas pun tak muncul. Sampai Shah Alam, melawat member sekampung yang baru first year masuk Uitm. Dia baru sambung degree. Dari diploma. Of course la, dengan tak malunya menginap di biliknya. Tapi dia dapat Melati, instead of Seroja.

Ape daa.. Lambat daftar lagi. Kan dah jauh dari fak.. Budak ni memang. Lenggang Mak Minah. Time school saya je kene rush kan budak ni. Buat orang risau je. Haihh tenguk tenguk! Kan dah dapat Melati. Combine dengan budak course lain je. Kalau okay takpe. Cube kalau dapat dengan budak yang macam *tooot* macamana?.. Blablablablaa... 
                                                                                      -the nagging session-

The next day, kami pun pergi le pickup gambar konvo. Amek macam taknak amek je. Lepas tu, niat nak pergi deli, sekali tenguk dah tukar la. Jadi Warung Pendeta. Wattafishball je.. Okeyh still positif, mungkin dia tukar nama je kut. Order la spagetti, untuk memastikan kesamaan mereka. Sekali wa rasa, memang tak terungkap dengan kata-kata kut. Buat macam tak ikhlas je. Member saya makan paprik. Secara jujurnya, macam nasi dengan sos je. Kalah warung tepi jalan. Patut ah nama pun warung kan. Blah boleh pendeta tak pendeta. Memang spoil hari n mood wa je makan situ. Bazir Rm10.30 wa. Tak puas hati, kami pusing pergi International Lounge, sah, memang dah tukar kut, situ punyer cafe pun tukar jadi Pendeta Bistro. Tinggal yang kat HOTCAT je wa tak pi check. Tak ade kekuatan. Tak mampu lagi nak menerima kekecewaan *giler poyo*. Nak chill kan mood, kami pergi le ke Seksyen 2. Member wa tak pernah lagi kut pergi. Dah nak masuk minggu ketiga dah cik kak oii.. Seksyen 2. Ape lagi.. Abc la der.. Hehehe.. Abang tu pula mesra alam. Bagi choco lebih. Happy! Happy! Siap offer tisu lebih-lebih, air kosong pun nak offer! Dik, nak air kosong tak? Manis tu.. Manis tak manis, hati wa tengah panas kot..

We are the retardians!!

Lama juga la kami lepak. Gelak-gelak gambar masing-masing.. Gambar saya? Kengkang okeyh. Haha. Lepas tu berjalan-jalan sekitar shah alam. Kira jadi macam tour guide. Saya pun tak masak mana pun shah alam. Ajar member saya naik bas, jalan shortcut, pergi tempat melepak saya dahulu.. Mengimbau kenangan yang lalu.. Poyo betul la kau.

Saya balik petang tu juga. Nasib baik ade lagi tiket. Tapi dapat couple seat. Tapi nasib baik, jiran saya baik juga. Takde duduk dengan pelbagai aksi. Bagus. Oleh itu haruslah saya pun duduk sopan ye. haha. Bertanya pun sopan je. Makan pun siap offer lagi. Alahai anak siapa la ni.. Nadiah, nadiah sila behave. lol.

Saya tidak bercamwhore aritu cuz pimple breakout ahhhhh!!!

ps: Masa tengah menghabiskan ABC tu, tiba-tiba saya teringat i suppose to belanja seseorang itu makan ABC la. Terbantut sekejap makan ABC. Sekejap je. Hehe. Alamak macamana ehh, gambar boleh tak anda??



Photobucket

2 chiLLin':

Abdul Qaiyum said...

gambar jee..?hhahahaa mengerti...

Belog Atas Empat said...

gambar je la yg saya mampu.. hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...