Oleh itu merepek lagi hari ini.. Esok nak buat pudding. Oh tadi buat nasi goreng. SENDIRI! Wa pun tak percaya wa boleh buat sendiri hahahaha.. Selama ni ada bantuan. Bakal-bakal chep terkemuka.. Ye saya percaya tu. Mereka je yang tak percaya.
Oh apa yang buat saya bangga saya buat tanpa menggunakan any kind of MSG.. Oh lupe rumah saya memang takde MSG. Ajinomoto mahupun Cukup Rasa. Buat sendiri sudahh.. Leceh tapi good for your body. At least you know what you eat. Ye sekali lagi, Belia Contoh bak kate seseorang itu. Hahahaha.
Oleh kerana tiada bakal-bakal chep terkemuka yang selalu tolong komen hasil karya saya, my mom la yang menjadi mangsa. Tapi bias. Sebab my mom tak suke black pepper, white pepper atau Peter Piper. Oh and cara my mom komen pun lain juga. Kene fikir ye.
Orang minang pun tak boleh tahan ni.Hah? Itu je?? Tapi saya tahu. Sebab my mom orang minang. Bugis juga. Tapi Minang lebih kut. Buat yang tak tahu tu. Orang minang memang kuat makan pedas. Tahan oo.. Sila melawat Negeri Sembilan untuk mengenali masakan Minang. So kesimpulannya, nasi goreng saya memang kaw-kaw pedas. Nasib buat untuk sendiri makan. Takde la terasa sangat hahaha.
Saya tetiba tahu bagaimana rasanya kalau masak untuk semua tapi ada yang tak makan atau makan tak habis. Sedihnya. Oleh itu, makan lah sampai habis apa yang ibu anda masak walaupun tak sesedap mana atau dah kenyang. Walaupun ibu anda cakap jangan makan sebab tak sedap tapi kalau anda makan juga walaupun dah dinyatakan tak sedap ibu anda akan rasa bahagia sangat. Tapi kalau teruk sangat jangan la makan. Menyusahkan ibu anda juga nanti.
Nah hambek..
my so-called nasi goreng |
Nampak macam tak pedas kan? Sekali, pedas mangai ooh hahahaha..
2 chiLLin':
wah komen mom anda menakutkan saye untuk makan..takut sakit perut tuu...anyway practice make sempurna gitu...
betul sakit perut tapi sikit la haha.Practice makes perfect even though nothing perfect in this world..:)
Post a Comment